Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tips Kekal Ramping Dan...

PASTI ramai yang merasakan apabila tamatnya bulan Ramadan, bermulalah pesta 'balas dendam' memakan...

20 Terperangkap Dalam Bangunan...

BEIJING: Sekurang-kurangnya 20 orang terperangkap selepas satu letupan menyebabkan sebuah bangunan runtuh di...

Wilayah Persekutuan: Putrajaya, KL,...

KUALA LUMPUR - Wilayah Persekutuan kekal unggul menerajui kecemerlangan tanpa tercalar atau terpalit...

Euro 2016: ‘Seluar Tidur’...

PARIS - Penjaga gol, Gabor Kiraly menjadi ikon bagi pasukan Hungary di Piala...

Tunku Ismail Mahu Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak Ditangani

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dipandang serius dan ditangani.

Menurut catatan yang dimuat naik dalam laman Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini, Tunku Ismail bertitah penderaan seksual terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

“Membaca berita mengenai bayi berusia sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai telah dirogol, diliwat dan didera adalah sangat menyakitkan hati dan mengganggu perasaan.

“Penderaan seksual kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan. Ia adalah perkara yang serius yang perlu ditangani kerana ia tidak boleh diterima oleh pelbagai peringkat, termasuk agama,” titah baginda menerusi catatan berkenaan.

Tunku Ismail bertitah baginda dan isteri Che Puan Khaleeda Bustaman, yang juga ibu bapa, amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak dari semua peringkat umur.

“Oleh itu, kami akan mengambil tanggungjawab menjadi sebahagian daripada kempen Tindak Demi Anak Kita (TinDAK) untuk menyokong dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penderaan seksual kanak-kanak.


“Keluarga saya, terutamanya bonda saya (Permaisuri Johor) Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan adik perempuan, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, telah menzahirkan kebimbangan mereka sebelum ini dan meneruskan kempen seperti ini dengan harapan dapat membawa kesedaran terhadap perkara seperti ini,” titah baginda.

Semalam, seorang bayi perempuan dilaporkan meninggal dunia kerana didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh di Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Kategori