Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tidak Boleh Makan, Minum...

PADAH nak cantik. Seorang ibu kepada seorang anak tidak boleh makan dan minum...

Lebih 200 Pasangan Timang...

KUALA LUMPUR - Ketika negara menyambut Hari Kebangsaan ke-59 hari ini, tarikh keramat...

Lupakan Skim Cepat Kaya…Trend...

Orang kita sejak zaman Pak Man Telo suka melabur di tempat yang tidak mendapat kebenaran Bank Negara. Kalau nak pulangan yang lumayan pun, kenapa tidak melabur saham di Bursa Malaysia yang berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang berganda “Return on Investment” ?

Gempa: Kebanyakan Mangsa Hilang...

KUNDASANG - Sebahagian besar daripada 17 orang yang masih hilang di Gunung Kinabalu...

Tunggu Inkues, Jangan Buat Kenyataan Liar Insiden Batu Arang

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menasihati semua pihak supaya tidak membuat kenyataan liar mengenai insiden tembak menembak di Batu Arang, Rawang, yang menyebabkan tiga lelaki mati dan seorang wanita dilaporkan hilang.

Ketua Penolong Pengarah (D5) (Pendakwaan/Undang-Undang), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Farid al-Athrash Wahid membuat peringatan itu memandangkan siasatan sedang berjalan dan pihaknya dalam proses mencadangkan kepada Peguam Negara Tommy Thomas supaya satu inkues ke atas kejadian itu dijalankan.

“Dalam inkues semua kenyataan akan didedahkan.Tunggu inkues ini, semua ini (rakaman papan pemuka) adalah sebahagian daripada penyiasatan,” katanya sambil memaklumkan sebarang kenyataan liar harus dielakkan untuk memastikan keadilan dalam inkues.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Mior berkata, kes tersebut akan dibawa ke mahkamah dan semua pihak dapat melihat video yang akan didedahkan nanti.

“Ia akan dibawa ke mahkamah dan didedahkan, jadi setiap orang mempunyai hak untuk menonton video jika ada,” katanya.

Terdahulu peguam mewakili keluarga terbabit P Uthayakumar menggesa polis supaya mendedahkan rakaman video dari kamera pemantau kereta polis yang terlibat dalam insiden itu.

Uthayakumar berkata rakaman video papan pemuka kenderaan polis sangat penting.

Semalam Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mahu inkues ke atas insiden itu dijalankan segera bagi mengelakkan isu itu “terus dieksploitasi oleh orang-orang tidak bertanggungjawab”.


Uthayakumar sebelum ini turut mendedahkan satu rakaman CCTV menunjukkan Moganambal Govindasamy, isteri kepada salah seorang individu yang ditembak meninggalkan lif di sebuah pangsapuri Tdi Kepong pada 10.33 malam 13 September lalu, iaitu beberapa jam sebelum kejadian.

Peguam keluarga itu berkata, rakaman tersebut menunjukkan Moganambal bersama tiga lelaki terbabit beberapa jam sebelum kematian mereka.

Polis Selangor menafikan terdapat seorang wanita terlibat dalam kejadian tembakan itu.

Menurut polis, tiga lelaki terbabit dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata dan pecah rumah, maut dalam kejadian berbalas tembakan di Kilometer 22, Jalan Batu Arang.

Polis kemudiannya menemui dua pucuk pistol separuh automatik, tiga bilah parang serta tiga sarung muka.

Tiga suspek ditembak mati ialah V Janarthanan, warga Sri Lanka, Thavaselvan dan Mahendran Santhira Segaran.

Kategori