Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kuala Lumpur Urus Air...

KUALA LUMPUR - Satu jabatan pengurusan air khusus untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...

Zul Ariffin Akui Sudah...

RAMAI yang sudah mengesyaki bahawa hubungan Zul Ariffin bersama Gayatri mungkin sudah berakhir setelah...

Wanita UMNO Minta Henti...

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Malaysia mengambil perhatian kepada tekanan yang dihadapi Dr....

Ibu Tarik Sendiri Kembar...

Australia – Seorang ibu yang sudah mempunyai sembilan anak, melakukan sesuatu yang menakjubkan...

“Tun Mahathir Pula? Wa Allahua’lam..” – Zein Isma

KUALA LUMPUR – Penyokong pembangkang diminta tidak berterusan mengecam institusi diraja hanya kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersengkongkol dengan mereka tidak dijemput menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V pada 13 Disember ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Sultan Muhammad V pasti mempunyai sebab tersendiri dalam menilai siapa yang berhak untuk hadir dalam istiadat bersejarah tersebut kerana baginda tidak memerlukan sesiapa untuk mengawal tindakannya.

“Keputusan tersebut tidak memerlukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi tekanan atau menyalahgunakan jawatan dalam menentukan siapa jemputan yang perlu hadir semasa istiadat tersebut.

“Sultan Muhammad V mempunyai sebab tersendiri dalam menilai siapa yang berhak untuk hadir dalam istiadat bersejarah tersebut. Tindakan pada awalnya dilihat konterversi akan tetapi akhirnya terzahir hikmah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zein Isma berkata, Sultan Muhammad V selama ini terbukti Sultan yang zuhud tetapi tegas seperti yang ditunjukkan oleh baginda dengan menolak perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa daripada menjadi Exco kerajaan Kelantan sebelum ini.

Kata beliau, ramai yang terkejut, musykil dan tiada sesiapa mempunyai jawapan tepat mengapa Husam tidak lagi diperlukan untuk membantu Menteri Besar baharu mentadbir Kelantan kerana hanya Sultan Muhammad V mempunyai jawapannya.


Bagaimanapun, hikmah disebalik keputusan Sultan Muhammad V itu terserlah apabila tidak berapa lama selepas itu rakyat dapat melihat akhlak Husam yang semakin jauh dari didikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kali ini, kita tidak tahu dan tidak boleh menjangkakan apa hikmah yang Tuhan hendak tunjukkan disebalik kejadian pembatalan kehadiran (Mahathir) ke istiadat perlantikan itu.

“Tapi apa yang pasti, Allah telah menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat oleh baginda berkenaan ADUN Salor adalah tepat untuk kelancaran pentadbiran kerajaan Kelantan. Tun Mahathir pula? Wa Allahua’lam…,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori