Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pakistan Serah Senarai Fasiliti...

ISLAMABAD: Pakistan mengesahkan sudah menyerahkan senarai infrastruktur dan fasiliti nuklear di negara itu...

JPJ Terengganu Keluar 573...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 573 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kepada...

MB Terengganu Rai Lebih...

KUALA TERENGGANU – Lebih 1,200 anggota Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) diraikan ...

Imam Wanita Mahu Cabar...

COPENHAGEN- Sebuah masjid pertama yang diketuai wanita dibuka secara rasmi di sini dengan...

Tun Mahathir Manipulasi Pertemuan Dengan Zahid

ISU Zahid dipanggil oleh Tun Mahathir datang ke pejabat beliau jadi sensasi dan menimbulkan kecelaruan minda orang politik di Malaysia.

Sebelum mengulas lebih lanjut mengapa Zahid dipanggil mengadap Tun Mahathir, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Zahid adalah kingmaker dalam percaturan politik ketika ini.

Beliau mewakili parti yang memenangi kerusi paling banyak pada PRU14.

UMNO kalah kerana gabungan Pakatan Harapan berjaya berkompromi untuk membentuk segerombolan parti majoriti sebagai syarat untuk membentuk kerajaan.

Semua orang mahukan UMNO dan setiap parti mahukan Zahid.

Banyak cubaan dilakukan untuk menawan UMNO, antaranya ialah usaha untuk mengharamkan UMNO agar kerusi yang telah dimenangi oleh UMNO boleh difaraidkan kepada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

Taktik kotor dan taktik tipu helah telah dicuba namun Zahid seorang yang kental, enggan mengalah kerana Zahid tahu bahawa UMNO adalah majoriti tetapi pengkhianatan parti komponen dalam Barisan Nasional yang telah menyebabkan UMNO hilang kuasa sebagai kerajaan.

Tun Mahathir sengaja memancing Zahid untuk dilihat datang menyerahkan diri kehadapan beliau.

Gambaran tersebut dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Tun Mahathir untuk mencalarkan kredibiliti Zahid di mata ahli UMNO juga agar dipandang serong oleh pihak lain yang berebutkan Zahid iaitu DS Anwar Ibrahim.

Apabila Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa Zahid datang kepadanya untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan bagaimana hendak melaksanakan fungsi sebagai kepala parti UMNO, ia langsung menggambarkan betapa hinanya Zahid seolah-olah Zahid adalah calon bidan terjun setelah Najib disingkirkan oleh ahli UMNO sendiri.

Ditambah dengan kata cacian oleh Tun Mahathir bahawa UMNO adalah parti keji yang menjijikan menjadikan Zahid seolah-olah orang yang salah kapal dalam percaturan politik sebelum PRU14.

Tindakan Tun Mahathir adalah perangkap yang akan menghindarkan sekutu Tun Mahathir dan menjauhkan orang UMNO sendiri daripada Zahid.

Jelaslah betapa berpengalamanya Tun Mahathir dalam mencaturkan permainan politik terutamanya yang berkaitan dengan orang Melayu.


Jadi, apa sebenarnya yang terjadi antara Zahid dan Tun Mahathir dalam pertemuan tersebut?

Tidak ada apa-apa.

Tun Mahathir sengaja memanipulasi Zahid untuk dilihat ada di pejabat Tun Mahathir agar Tun Mahathir dapat memenangi peperangan persepsi bahawa beliau masih berkuasa ke atas ketua parti UMNO.

Siapa yang tidak teruja jika dipanggil untuk menemui Tun Mahathir?

Zahid tidak terkecuali tambahan pula beliau terdesak untuk menyatukan orang Melayu terutamanya dalam UMNO pasca kekalahan Barisan Nasional sebagai kerajaan.

Barangkali Zahid beranggapan jika beliau dilihat tidak bermasalah dengan Tun Mahathir maka orang Melayu akan lebih menghormatinya.

Oleh yang demikian, sebenarnya tidak ada sebarang agenda pertemuan tersebut, ia sekadar kunjungan hormat seorang ketua parti terhadap seorang Perdana Menteri.

Jika ada sebarang agenda, mustahil Zahid memuat naik gambar beliau dengan Tun Mahathir sejurus pertemuan tersebut.

Zahid bukan orangnya yang tidak tahu strategi, beliau ada sijil Dr. Falsafah yang mampu menjelaskan tahap keintelektualanya.

Politik Malaysia memang macam-macam tetapi jangan mudah percayakan Tun Mahathir, janji PRU14 pon beliau mungkiri apatah lagi dengan perkataan yang beliau ucapkan ketika ini.

Oleh: Dato’ Halim Supol

Kategori