Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Minuman Keras Harga Murah...

KUALA LUMPUR - Minuman keras yang berharga murah merupakan antara minuman kegemaran warga...

Tak Kisah Dilabel Menteri...

PUTRAJAYA – Bermula sebagai eksekutif kanan di sebuah bank, seterusnya Ahli Parlimen dan...

Razer Hasilkan Casing Tahan...

RAZER merupakan salah satu jenama besar dalam aksesori komputer.Produk seperti papan kekunci dan...

Tambat RM Hanya Datangkan...

DOLAR AS mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun pada tahun 2016. Mata wang...

Tun M Saran Presiden PAS Bertaubat Kepada Allah

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini sekutu kuat DAP dan Pakatan Harapan menasihati Presiden serta Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya segera bertaubat kepada Allah SWT.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, Abdul Hadi telah berdosa besar kepada Allah SWT kerana beliau dan partinya iaitu PAS menjadi punca kepada perpecahan umat Islam negara ini sejak zaman berzaman.

Malah, kata beliau, perbuatan Abdul Hadi mengkafirkan pemerintahan Malaysia dalam `Amanatnya’ yang menyebabkan anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan akan mati syahid apabila diserang balas oleh polis.

“Hadi suruh saya bertaubat. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi. Allah SWT melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa,” katanya melalui laman blog beliau hari ini.

Pakatan Harapan merupakan gabungan parti pembangkang yang dibarisi oleh DAP, PPBM, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Mahathir menubuhkan PPBM bersama-sama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bertindak keluar daripada UMNO gara-gara kecewa kepentingan peribadi, keluarga dan kroninya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan.

Beliau kemudian berjaya dipancing oleh DAP dan Pakatan Harapan untuk menyertai gabungan parti pembangkang bagi menjayakan misi DAP menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sejak itu, Mahathir dipergunakan oleh DAP untuk berkempen terutama di kawasan kampung dan Felda untuk memujuk kaum Melayu supaya memberi sokongan kepada DAP dan Pakatan Harapan.

Mahathir seterusnya berkata, surah Al Baqarah Ayat 11, Ayat 60, Ayat 205, Surah Al A’raaf Ayat 59, 85, 86 dalam Al-Quran menegah perbuatan yang merosakkan, tetapi malangnya Abdul Hadi dan PAS telah melakukan kerosakan yang besar ke atas umat Islam negara ini.


Kata beliau, disebabkan PAS dan Abdul Hadi maka ada umat Islam sanggup menafikan keIslaman ibu bapa mereka, malah ada di antara penyokong PAS yang menidakkan keIslaman isteri dan bertindak berkahwin sekali lagi (poligami).

Selain itu, katanya, disebabkan PAS dan Abdul Hadi juga ada dalam kalangan umat Islam di Malaysia melakukan sembahyang berasingan, dengan imam lain dan ada idak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

“Ada yang bangun masjid berasingan sehingga sekarang ini pun.Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat,” kata Mahathir.

Justeru, katanya, sesungguhnya Abdul Hadi dan PAS telah melakukan banyak kerosakan terhadap agama dan akan terus memperalatkan Islam sehingga melemahkan umat Islam Malaysia.

Kata beliau, ramai pengikut PAS pula kini jadi puak assabiah yang akan menerima apa sahaja yang dikatakan oleh Abdul Hadi tanpa soal sehingga sanggup mengenepikan ajaran Al-Quran dan hadis yang sebenar akibat ketaksuban.

“Inilah PAS. Sebelum adanya PAS orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka iaitu agama Islam. Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti PAS,” kata Mahathir. – MYNEWSHUB.CC

Kategori