Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serpihan Terbesar MH370 Ditemui...

KUALA LUMPUR - Beberapa serpihan yang ditemukan di Tanzania, timur Afrika, dua hari...

Pelajar Dilaporkan Hilang Ketika...

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu...

‘Despacito Raya’ Shabery Dapat...

KUALA LUMPUR - Klip video ‘Despacito Raya’ yang menampilkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri...

Hishamuddin Rais Hantar Surat...

Ekoran bukti perbuatannya menghasut terdedah di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, Aktivis Politik...

Tun M Perlu Tanggungjawab Atas Kenyataannya

KUALA LUMPUR- Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam hari ini menyifatkan kenyataan Tun Mahathir Mohammad bahawa mungkin beberapa petunjuk ekonomi yang dikeluarkan kerajaan BN sebelum ini palsu sebagai satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Lokman, sebagai salah seorang yang bertanggungjawab menerangkan tentang Dasar Ekonomi Negara sebelum ini, beliau telah mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr. Uzir bin Tengku Dato’ Ubaidillah bagi mendapatkan pengesahan data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekiranya benar sepertimana tuduhan Tun bahawa ianya telah dipalsukan.

Ini kerana data-data yang dikeluarkan berhubung soal Keluaran Dalam Negara Kasar datangnya dari hasil bancian dan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Walaupun Ketua Perangkawan kini bukan lagi berkhidmat dibawah kerajaan Barisan Nasional, beliau secara jujur telah menegaskan bahawa angka Pertumbuhan Ekonomi Negara telah disusun berdasarkan rangka kerja “International Best Practice” dan menepati piawaian antarabangsa.

“Pengiraannya dilakukan secara professional dan dengan intergriti yang sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata Mahathir seharusnya berlapang dada dan menerima hakikat bahawa beliau mewarisi kerajaan yang mempunyai ekonomi yang kukuh hasil pentadbiran baik Datuk Seri Najib Razak.

“Sungguhpun rakyat kini sedar bahawa penipuan Tun selama ini bahawa negara ini menuju kearah kebankrapan adalah tidak benar, adalah sangat tidak bertanggungjawab sekiranya Tun menafikan KDNK Malaysia tahun lalu 5.9% adalah antara yang tertinggi di dunia.

“Dalam masa yang sama, Mahathir juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan bahawa negara ini terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar sama sekali.


“Kadar hutang Malaysia bagi tahun 2017 sebanyak 50.8% berbanding KDNK adalah sihat berbanding kadar hutang zaman Mahathir memerintah tahun 1986 iaitu 103.4% berbanding KDNK,” kata Lokman.

Jelas Lokman, beliau sedar Mahathir kini tertekan kerana apa yang beliau rfitnah terhadap ekonomi negara sebelum ini akhirnya dinafikan oleh Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Zeti Azizi yang mengumumkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan rezab Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu RM438 Bilion.

“Mahathir sepatutnya menumpukan perhatian menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya umum ke 14 daripada mengalih perhatian rakyat kepada sandiwara memikul bag-bag yang kononnya berisi duit yang dimiliki oleh Najib dan barang kemas serta beg yang kononnya dimilik isteri beliau.

“Sebagai cucu kepada jutawan Melayu, Tan Sri Noah, tidak mustahil jika cucunya kaya raya. Tapi Mahathir kena ingat, esok lusa jika DAP sudah tidak mahu mengunakan Mahathir yang hanya punyai 13 kerusi Parlimen, satu negara akan tonton keluarga Mahathir diaibkan pula.

“Berapa beg dan berapa trak pula agaknya yang bakal digunakan untuk angkut duit, barang kemas serta kereta-kereta mewah milik anak-anak Mahathir. Masa tu baru rakyat akan bertanya macam mana anak seorang Perdana Menteri yang datuknya hanya seorang guru, mampu memiliki harta yang berbilion ringgit nilainya,” kata Lokman dalam satu kenyataan media. – MYNEWSHUB.CC

Kategori