Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kecoh! Zul Ariffin Kongsi...

AKTOR berbadan sasa, Zul Ariffin sekali lagi terpalit dengan kontroversi 'panas' gara-gara foto...

Fouziah Gous Nafi Dengki...

SEBELUM ini bertebaran khabar angin mengatakan seorang aktres menghasut pereka fesyen yang mereka...

Pekerja Kilang Warga Myanmar...

SHAH ALAM - Seorang pekerja kilang warga Myanmar mati dipercayai akibat ditikam rakan...

KPDNKK Kelantan Jamin Harga...

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi...

Tun M Hadir Persidangan DAP Tindakan Terdesak

MELAKA – Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 pada Ahad lepas merupakan suatu tindakan terdesak, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata tindakan terdesak itu jelas dilihat apabila Dr. Mahathir yang dahulunya memusuhi DAP lebih dua dekad dengan menghentam, menghina dan melabel parti itu, hari ini sanggup duduk semeja menyokong parti itu.

“Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggenggam tangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (pada Perhimpunan Solidariti Rohingya) pada hari sama Dr. Mahathir berada di pentas DAP.

“Suatu ketika dahulu kebenciannya terhadap parti itu hingga ke tulang, namun kebencian itu seolah-olah sesuatu yang dilupakan begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Dr. Mahathir buat julung kali hadir pada Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 pada 4 Disember, beliau dilihat turut berdiri ketika lagu DAP dimainkan, dan duduk di atas pentas bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin kanan parti itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori