Tun M Akui Mungkin Tidak Mampu Tunaikan Manifesto?

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan sikap hipokritnya apabila mengaku kepada media asing Singapura bahawa beliau mungkin tidak mampu menunaikan janji-janji manifesto Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengakuan Mahathir itu berkebetulan dengan pandangan Bank Dunia yang menyatakan manifesto Pakatan Harapan boleh merosakkan ekonomi Malaysia.

“Mahathir tahu perkara ini tetapi terpaksa menggunakan pendekatan populis dengan menawarkan saja apa juga orang suka tanpa menghitung kesannya.

“Patutlah selepas di lancar manifesto itu langsung tak dipedulikan sesiapa,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Justeru, Annuar meminta rakyat menunggu manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan hadir dengan pelbagai idea-idea baharu demi kepentingan rakyat.

“Dengan rekod mencipta kejayaan masa lalu serta pengalaman lama, manifesto BN sudah tentu bakal hebatkan Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC