Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Timbang Tawaran Jet...

VLADIVOSTOK - Malaysia amat berhati-hati untuk berbelanja terlalu banyak wang menggantikan jet pejuang...

Menteri: RM411 Juta Kos...

Jumlah keseluruhan kos bagi pembinaan kemudahan dan fasiliti untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2026...

Video: Aksi Muhyiddin Menari...

SATU rakaman video yang menunjukkan aksi Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Zayn Rayyan Dibunuh

Sungai Buloh: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal...

Hanif Akan Fail Tuntutan Balas Saman Kit Siang

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan memfailkan tuntutan balas terhadap saman fitnah dikemukakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap di sebuah konvensyen pada September lepas.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Shaharudin Ali, yang mewakili Mohammed Hanif kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Norhidayah Mohd Noor, yang turut dihadiri peguam Harshaan Zamani bertindak bagi pihak Lim.

Shaharudin berkata mahkamah mengarahkan anak guamnya memfailkan tuntutan balas dan penyataan pembelaan terhadap saman itu selewat-lewatnya pada 5 Disember ini manakala Lim diarah untuk menjawab tuntutan balas berkenaan pada 19 Disember.

Peguam itu berkata mahkamah juga menetapkan 20 Disember untuk pengurusan kes selanjutnya.

Pada 17 Oktober lepas, Lim selaku plaintif menyaman Mohammed Hanif selaku defendan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 September 2018, yang telah diterbitkan dan disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, hari yang sama.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Johor mendakwa defendan juga telah secara salah dan berniat jahat menyebabkan kata-kata fitnah itu disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today pada hari sama (6 September) dan keesokannya.


Pemimpin Kanan DAP itu mendakwa kata-kata fitnah berkenaan antara lain membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab dan berniat mengarahkan DAP untuk memisahkan atau membahagikan Semenanjung Malaysia kepada dua bahagian berdasarkan kaum dan berniat untuk memecahkan kaum Melayu dan Cina.

Lim turut mendakwa kata-kata fitnah itu telah menyebabkan reputasinya selaku anggota Parlimen dan orang kenamaan terjejas.

Dakwanya, satu surat bertarikh 12 September telah dihantar supaya defendan menarik balik kata-kata fitnah serta memohon maaf, namun peguam defendan telah menjawab surat berkenaan dan menafikan kata-kata fitnah itu terhadap plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kata-kata fitnah itu selain menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta satu perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan semula kata-kata fitnah berkenaan. – BERNAMA

Kategori