Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Berusia 3,000 Tahun Fosil...

BERMULA tahun 2011, para arkeologi dan pengkaji sejarah telah melakukan kerja-kerja cari gali...

Marah Shisha Disita, Samseng...

KOTA BHARU - Tiga lelaki yang berang dengan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar...

Terkejut Besar Bancuhan Simen...

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas terkejut besar apabila bancuhan simen menimpa ke...

Robot Jelita Sambut Tetamu...

TOKYO - Bayangkan jika yang menyambut anda di meja tamu ialah sebuah robot,...

Tun Daim Tidak Punya Kuasa Dedahkan Laporan CEP

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin menjelaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi mendedahkan laporan 100 hari CEP secara umum kepada orang awam.

Daim bagaimanapun berkata, beliau bersama anggota CEP yang lain menyokong supaya laporan CEP yang mengandungi pelbagai cadangan daripada mereka didedahkan kepada orang awam.

“Saya akan mendedahkannya kepada orang awam tetapi untuk melakukan perkara tersebut, saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Saya diminta untuk mengetuai mesyuarat dan mendapatkan maklumat, fakta, menganalisis dan membuat cadangan.

“Peranan sebagai Pengerusi CEP hanya terhad setakat itu dan saya tidak boleh melampauinya,” katanya memetik laporan The Star Online.

Mengulas lanjut, Daim menjelaskan laporan CEP disediakan untuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tujuan utama penubuhan majlis tersebut adalah untuk memastikan setiap pelabur dan pasaran dalam negara berada dalam keadaan terkawal serta tenang.

Katanya, hal itu kerana sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak ada pihak yang menjangkakan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang kepada Pakatan Harapan (PH).


“Pelabur mahu kesinambungan dan tiba-tiba perkara ini berlaku. Jadi Dr. Mahathir menubuhkan CEP kerana mahu menenangkan pasaran dalam negara.

“CEP diberi 100 hari untuk mendapatkan semua maklumat dan ia telah berjaya dilakukan. Kami mengemukakan cadangan kepada kerajaan kira-kira sebanyak 70 topik dan telah memberi taklimat kepada Dr. Mahathir tetapi akhirnya terserah kepada kerajaan untuk melepaskan laporan itu ataupun tidak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori