Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan Keselamatan Mesir Bunuh...

KAHERAH - Pasukan keselamatan Mesir membunuh 10 suspek militan dalam serbuan di dua...

Tuan Ibrahim Gesa PAS...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi gesaan...

4 MP Bersatu Sabah...

Empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi...

Lima Maut Dalam Protes...

KATHMANDU - Rusuhan antikerajaan mengorbankan lima orang termasuk seorang pegawai polis di Jaleshwar...

Tulis Makan Sampai Kenyang, Tapi Lain Pula Jadi!

BAHANA tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi, sebuah video memaparkan beberapa orang pelanggan sedang bertekak dengan peniaga durian menjadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Kebun Klang, Shah Alam itu menyaksikan pelanggan berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap peniaga itu yang didakwa seorang penipu.

Hasil tinjauan menerusi video berkenaan, Mynewshub mendapati layanan yang diterima oleh pelanggan berkenaan sama sekali tidak sama seperti tema yang tercetak pada kain rentang iaitu ‘Makan Sampai Kenyang’.

Bukan itu sahaja, malah  pelanggan tersebut turut menyuarakan ketidakpuasan hati dengan kualiti buah durian yang disediakan kerana ada antaranya didapati tidak elok dan lebih teruk sudah tidak boleh dimakan.

Berikutan terlalu berang, pelanggan terbabit bertindak agresif dengan mengherdik lantas menyebabkan dia ditolak secara kasar oleh peniaga terbabit.

“Bang, jangan tolak-tolak orang. Tak perlu tolak-tolak orang,” tegur salah seorang pelanggan yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Namun, tidak hanya berdiam diri peniaga itu dilihat membalas teguran berkenaan dengan nada yang agak tinggi.


“Aku tolak dia, ke dia tolak aku?!” ujar peniaga dengan nada tidak berpuas hati.

Video yang tular itu dilihat menerima pelbagai reaksi serta dikecam hebat oleh netizen yang rata-rata pernah menjadi ‘mangsa’ kepada peniaga berkenaan.

Sehubungan itu, kepada pihak penganjur diharapkan dapat tampil memberi penjelasan serta pencerahan berhubung isu ini sebelum ia menjadi lebih buruk kelak.

Setakat ini, video berkenaan telah ditonton lebih dari 19,000 dan dikongsi lebih daripada 100 kali di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori