Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerana Malu, Mona Suruh...

LEPAS satu, satu lagi isu tentang 'kisah cinta' antara Mona dan Shahir ni....

5 Muka Baharu Dilantik...

GEORGE TOWN - Lima muka baharu dilantik menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri...

Video: Lelaki Cuba Rogol...

TINDAKAN seorang pemuda berusia 23 tahun dari Cancun, Mexico yang cuba merogol seorang...

China Ambil Tindakan Undang-undang...

BEIJING: China yang mahu mempertahan kepentingannya, memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)...

Tular Penonton Gempar Ada Pontianak Di Pawagam

JAKARTA – Bayangkan anda masuk ke panggung wayang dan tiba-tiba ternampak pontianak duduk selamba berdiam diri kawasan tempat duduk penonton. Pastinya anda terpaku atau jerit ketakutan!

Demikianlah yang berlaku dalam sebuah panggung wayang di sini pada malam Jumaat apabila media tempatan melaporkan ramai penonton terkejut setelah ternampak hantu itu duduk senyap di tengah-tengah pawagam itu.

Rupa-rupanya, ia hanyalah gimik untuk mempromosikan filem Kuntilanak yang juga bermaksud pontianak dalam bahasa Melayu serta bakal ditayangkan serentak di Indonesia dan Malaysia pada minggu depan sempena Aidilfitri.

Ternyata, strategi pelik tersebut berkesan kerana mendapat perhatian penonton. Malah, ramai yang mengambil gambar dan video Kuntilanak dan berkongsi di media sosial sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen.

Pelakon kuntilanak tersebut muncul menjelma dalam acara pratonton filem Kuntilanak di Cinema XXI Epicentrum, Jakarta sebelum bakal menemui para penonton pada 15 Jun nanti di seluruh Indonesia dan jirannya, Malaysia.

Baca: Pontianak Muncul Di Gereja Tetapi Malang Diketawakan

Juga: Pontianak Pun Bina Pontianak 100 Meter Tarik Pelancong

Menariknya juga tarikh itu dijangka secara kebetulan jatuh pada hari raya kedua di Indonesia dan hari raya pertama di Malaysia. Uniknya sekuel Kuntilanak sebelum ini pernah dihasilkan pada tahun 2006, 2007 dan 2008 lalu.


Ketiga-tiganya dapat sambutan baik. Malah Kuntilanak versi baharu itu masih lagi diarahkan oleh Rizal Mantovani dan diterbitkan MVP Pictures, sebuah syarikat produksi tempatan yang tahun ini sahaja sudah tayang lapan filem.

Sementara itu, media negara tersebut mendedahkan bahawa barisan pelakonnya pula termasuk Aurelie Moeremans, Andryan Sulaiman, Sandrinna Michelle Skornicki, Adlu Fahrezy, Fero Walandouw dan ramai lagi.

Filem genre serama itu pada sekuel kali ini mengisahkan lima kanak-kanak di sebuah rumah agam yang terpaksa berhadapan dengan Kuntilanak dan sering muncul dari sebuah cermin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori