Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amirudin Dipilih Oleh Rakyat...

KLANG – Pelantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu adalah satu...

Bakal Gubal Undang-Undang Haram...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan dalam proses merangka satu undang-undang untuk mengawal kegiatan...

Penjenayah Cedera Kereta Dipandu...

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dipercayai penjenayah memandu kereta jenis Proton Saga...

Sultan Selangor Rasmi Masjid...

KUALA LANGAT - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan...

Tular 17,000 Calon SPM Gagal Sejarah Disahkan Palsu

PUTRAJAYA – Laporan yang tersebar mengenai seramai 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 konon sebagai gagal mata pelajaran Sejarah menerusi laman sosial adalah tidak benar.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa setakat ini pihak Lembaga Peperiksaan belum pun mengumumkan sebarang keputusan secara rasmi berkaitan dengan SPM 2017.

Pengumuman mengenai keputusan SPM 2017 hanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Seramai 443,883 calon di seluruh negara menjalani peperiksaan SPM 2017 di sejumlah 3,363 buah pusat peperiksaan.

Ujian tamat tingkatan lima sekolah menengah tersebut berlangsung dari 6 November sehingga 4 Disember tahun lalu ketika beberapa buah negeri kebetulan turut dilanda banjir kilat sepanjang tempoh berkenaan.

Untuk rekod, pengumuman SPM lazimnya dilakukan sekitar Mac oleh Ketua Pengarah Pendidikan sendiri di ibu pejabat kementerian manakala pengarah pendidikan negeri di jabatan pendidikan negeri masing-masing.


“Oleh demikian, Kementerian Pendidikan menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang tular disebarkan itu,” jelas kenyataan tersebut di sini pada hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori