Tudung RM800 Sold Out Dalam Masa 5 Minit!

WAH, nampaknya empayar Vivy Yusof dalam memasarkan jenama tudung miliknya, Duck semakin mendapat perhatian di kalangan hijabista tempatan.

Keunikan skarf Duck yang mempunyai corak abstrak dan menerapkan elemen moden ternyata berjaya menarik pelanggan sasarannya yang terdiri daripada kalangan eksekutif muda.

Dan terbaharu, apabila melancarkan koleksi skarf koleksi khas sempena Pertandingan Ratu Cantik Dunia, tudung Vivy yang ini turut mencipta fenomenanya yang tersendiri.

Tudung RM800 Sold Out Dalam Masa 5 Minit!

Tudung RM800 Sold Out Dalam Masa 5 Minit!

Di sebalik harga ‘terlampau mahal’ RM800 sehelai, tudung berwarna pink muda itu berjaya terjual dalam jangka masa lima minit sahaja!

Tudung pink berlatar belakangkan bangunan ikonik di serata Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas itu dijual pada harga RM800 sehelai kerana di dalamnya terdapat 200 batu kristal Swarovski yang melatari produk tersebut.

Di bawah merupakan antara reaksi yang ditunjukkan netizen berhubung tudung berharga RM800 ini. – MYNEWSHUB.CC

Tudung RM800 Sold Out Dalam Masa 5 Minit!

Tudung RM800 Sold Out Dalam Masa 5 Minit!

Loading...