Tudung Ala Cendawan Melly Goeslow.. Anda Berani Cuba?

Melly Goeslow bukan sahaja dikenali kerana lagu-lagu ciptaannya yang tidak pernah gagal memikat telinga pendengar tetapi juga citarasa fesyennya yang agak ganjil dan eksentrik.

uaMlj3HDQ6

weirdo-look-by-melly-goeslaw-pict-2012-zackylicious

Bagaimana pun selepas mengambil keputusan untuk berhijab sejak Jun lalu, disangkakan Melly akan lebih berpada-pada dalam berfesyen namun sangkaan itu nyata meleset.

Tanpa menghiraukan komen orang, Melly tampil dengan aneka tudung ganjil termasuk berzip dan ala cendawan.

XVeA59QM

berhijab-melly-goeslaw-tetap-nyentrik-di-depan-kamera

20140708-163901

Apabila ditanya Melly menyatakan berhijrah memakai tudung tidak bermakna ia harus menyekat kreativiti sebaliknya apa yang penting adalah menutup aurat.

Hm, apa sajalah Melly. Yang penting tindakannya menutup aurat harus dipuji dan diharapkan menjadi contoh kepada artis wanita popular lain.  – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

Leave a Reply