Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Raih Pingat Perak...

RIO DE JANEIRO - Malaysia terlepas peluang terbaik meraih pingat emas pertama apabila...

Ahli Perniagaan Bebas Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di...

Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang,...

PASIR PUTEH - Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dalam...

KDNK Malaysia 6.2 Peratus...

PUTRAJAYA - Malaysia mencatat pertumbuhan 6.2 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

Tuduhan Sabah Mundur, Termiskin Tak Berasas

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata tuduhan pihak tidak bertanggungjawab kononnya Sabah negeri mundur dan termiskin adalah suatu yang tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata pencapaian Sabah dalam pelbagai sektor sejak kerajaan negeri ini diterajui parti Barisan Nasional (BN) 15 tahun lalu, berbanding tempoh sama sebelum itu, membuktikan bahawa segala tuduhan berkenaan adalah tidak berasas.

Menurutnya, dalam tempoh 30 tahun dari awal 1970-an hingga tahun 2000, pendapatan negeri meningkat RM1 bilion kepada RM1.7 bilion pada 2004.

Selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah selama 15 tahun selepas itu, hasil negeri meningkat tiga kali ganda kepada RM3 billion dan kini memcecah RM4 bilion, katanya ketika berucap melancarkan manifesto BN Sabah bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), malam ini.

Menurut Musa, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah telah meningkat dari RM59.5 bilion pada tahun 2011 kepada RM73.8 bilion pada tahun 2016 dan pencapaian itu telah meletakkan kedudukan ekonomi negeri di tangga kelima berbanding negeri-negeri lain.

“Kita tidak akan berhenti setakat ini. Matlamat kita menjadikan Sabah jauh lebih maju; Negeri Di Bawah Bayu, di atas mercu. Oleh itu, tanggapan bahawa Sabah adalah negeri termiskin adalah pembohongan besar semata-mata,” tegasnya.

Musa, yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata Sabah juga telah berjaya mempelbagaikan sumber ekonominya sehingga pendapatan bertambah berlipat kali ganda dan dengan itu kebergantungan kepada balak sebagai sumber pendapatan berjaya dikurangkan daripada 85 peratus kepada 13 peratus.


Beliau juga menafikan kononnya kerajaan BN mengeksploitasi khazanah hutannya kerana fakta menunjukkan Sabah adalah negeri di Malaysia yang mempunyai kawasan hutan simpan terbesar iaitu 53 peratus dari keluasan bumi negeri ini.

Tidak cukup dengan itu, katanya, Sabah juga mempunyai kadar Kawasan Perlindungan Penuh (TPAs) yang tertinggi iaitu hampir 30 peratus, tiga kali ganda melebihi 10 peratus standard piawaian antarabangsa selain telah melaksanakan penanaman semula kawasan hutan melebihi 700 ribu hektar.

Justeru, katanya, rekod pencapaian Sabah membuktikan tuduhan bahawa negeri itu mundur dan penduduknya miskin adalah tidak berasas sama sekali. – BERNAMA

Kategori