Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Helikopter Black Hawk Dikendalikan...

KABUL : Sebuah helikopter Black Hawk milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditinggalkan...

Unit Bina Puri Dapat...

KUALA LUMPUR - BP Energy Sdn Bhd (BPHB), unit Bina Puri Holdings Bhd,...

Jersi Tiruan Baharu Harimau...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 418...

Lapah Mayat, Makan Hati,...

MOSCOW - Seorang lelaki yang digelar pontianak selepas meminum darah rakan kolej yang...

Tuduh KPN Penipu: Lokman Adam Sedia Didakwa

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sedia didakwa di mahkamah susulan tuduhannya mengatakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menipu berhubung siasatan kes penyebaran video intim membabitkan seorang menteri Kabinet.

Menurut Lokman, beliau telah hadir ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan selama kira-kira 15 minit.

“Saya telah nyatakan semua soalan yang diberikan itu akan dijawab di mahkamah nanti. Ini semua rakyat perlu tahu kerana kita ada hak untuk menjawab di mahkamah yang diwakili peguam.

“Jika saya didakwa di mahkamah, maka itulah cara terbaik saya bawa laporan forensik yang saya peroleh di Indonesia tentang analisis tentang ketulenan video tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai direkod keterangan di Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu, Lokman hadir ke Bukit Aman pada jam 10.15 pagi dan menegaskan pendiriannya bahawa Abdul Hamid menipu.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan kehadiran Lokman untuk dirakam keterangan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kertas siasatan akan diselesaikan sebelum diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Sama ada kita akan panggil Lokman semula atau tidak, ia bergantung kepada keperluan. Jika TPR kata tuduh, kita akan tuduh,” katanya. – Sinar Harian

Kategori