Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ancaman Daesh: Cadang Visa...

TUMPAT - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan agar kerajaan Malaysia memperkenalkan visa untuk warga asing...

Malaysia, Kuasa Ekonomi Ke-24...

KUALA LUMPUR – Impian Malaysia untuk menjadi negara maju, bukan lagi angan-angan atau...

Pencaturan Tun M ...

KUALA LUMPUR - Selepas 19 tahun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU),...

PU Riz Jawab Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Selebriti Neelofa, 32, dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26,...

Tubuh RCI Siasat Tabung Haji, Cadang Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Parlimen mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) yang lepas.

Cadangan tersebut diutarakan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (PN-Baling), yang merupakan bekas pengerusi TH, sewaktu bangun mencelah ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan mesyuarat Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Azeez berkata cadangan penubuhan suruhanjaya ini telah diutarakan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bagi menyiasat secara telus dan menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam tersebut.

Anwar dalam maklum balasnya tidak menolak cadangan tersebut malah meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan suruhanjaya itu.

“Ini mungkin meleraikan keadaan kerana ia menimbulkan perbincangan hangat dan bebanan kepada rakyat yang berikhtiar dan ikhlas untuk menunaikan fardu haji,” katanya.

Anwar turut meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan pandangan dan penjelasan tentang kecurangan yang berlaku melibatkan institusi itu kerana TH adalah badan amanah umat Islam dan orang Melayu.


Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Maslan (PN-Pontian) semasa mencadangkan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong turut mempersoalkan tindakan TH yang tidak membentangkan laporan kewangan TH sepanjang pemerintahan PH. 

Jelasnya, kegagalan membentangkan laporan berkenaan di Parlimen melanggar Akta 240, Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980.

“Kenapa sehingga hari ini, dua tahun berturut-turut laporan kewangan TH sepanjang PH memerintah pada 2018 dan 2019 tidak pernah dikeluarkan dan dibentangkan di Parlimen? Apakah laporan tahunan TH diaudit?

“Barisan Nasional tak pernah gagal membentangkan laporan kewangan yang diaudit setiap tahun yang berakhir Disember. Kegagalan TH membentangkan laporan dua tahun ini jelas melanggar Seksyen 5, 7, 8, 9 Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) (Akta 240). Macam mana boleh umum hibah apabila akaun tidak diaudit? Sekali gus bertentangan dengan Akta 22 TH,” katanya. – BERNAMA

Kategori