Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cheng Hoe Tidak Cadang...

MELAKA – Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak bercadang...

Tidak Kompromi Soal Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberi jaminan kerajaan tidak akan...

Tiada Perubahan Akan Dibuat...

KUALA LUMPUR - Tiada perubahan akan dibuat kepada teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans...

“Jangan Ingat Semua Susu...

SUSU ibu merupakan sumber makanan terbaik buat perkembangan anak kecil, lebih-lebih lagi kepada...

Tuai Cili Paling Banyak Sehari Diiktiraf MBOR

SERDANG – Jabatan Pertanian menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kerana berjaya menuai 663,522 pokok cili dengan berat 23,764 kilogram dalam masa sehari baru-baru ini.

Anugerah diserah wakil MBOR, Siti Hajar Johor kepada Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohd. Sidek sambil disaksikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Majlis penganugerahan rekod baharu kebangsaan tersebut berlangsung bersempena dengan Hari Peladang, Penternak, Nelayan Kebangsaan 2017 di Hall A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Bagi tujuan pemantauan dan kemas kini data terbaharu untuk program Penuaian Terbesar Cili oleh pihak MBOR, Jabatan Pertanian telah membangunkan applikasi e-harvest yang boleh diakses melalui telefon pintar.

Ia turut disokong dengan kemudahan talian internet. Borang kemasukan data ini boleh diakses melalui portal jabatan itu yang meliputi nama petani, lokasi ladang, bilangan pekerja, bilangan pokok berhasil pada hari penuaian.


Mengulas dengan lebih lanjut, Ahmad Zakaria berkata, kejayaan tersebut jelas menunjukkan komitmen usahawan tani khususnya bagi tanaman cili demi meningkatkan hasi produk mereka dalam angka paling besar dalam sejarah.

“Program ini telah mendapat kerjasama daripada 128 usahawan tani melibatkan 130 lokasi penanaman cili dari seluruh negara pada 26 September lalu,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori