Trump Tipu Kos Kedutaan AS Di Baitul Maqdis

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump dulu dengan bangga mengatakan pembayar cukai AS akan dapat menjimatkan wang mereka apabila kedutaan baharu AS di Baitul Maqdis hanya akan menelan kos AS$250,000.

Akhirnya, didedahkan kos terakhir untuk kemudahan yang sementara itu, sebelum kedutaan sebenar yang kekal dibina nanti, hampir 100 kali ganda melebihi jumlah asal.

Dokumen rasmi kerajaan menunjukkan syarikat Desbuild Limak D&K dianugerahkan kontrak bernilai AS$21.2 juta untuk mereka bentuk dan menaiktaraf elemen keselamatan kedutaan itu.

Jumlah ini ialah tambahan kepada lebih AS$350,000 yang dibelanjakan untuk menaiktaraf bangunan itu yang sebelum ini sebuah konsulat untuk upacara perasmian gilang-gemilang pada Mei lalu.

Ini bermakna kos asal untuk mencantikkan konsulat itu untuk membolehkan perasmian sebagai kedutaan Mei lalu pun sudah jauh melebihi jumlah yang dijanjikan pada awalnya.

Trump sebelum ini mengatakan bangunan kedutaan itu akan dibina segera dan dengan harga yang murah.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mengumumkan AS mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai kedutaan ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke bandar yang dipertikaikan itu.

Jumlah yang bakal dibelanjakan itu amat besar kerana akhirnya nanti AS akan membina sebuah kompleks kedutaan baharu, menambahkan lagi kos menaiktaraf konsulat sebanyak AS$21.2 juta itu.

Trump sebelum ini memberikan angka yang berbeza tentang kos kedutaan itu, termasuk memberikan angka AS$400,000 bagi pembinannya.

Tanah untuk membina kedutaan tetap AS di Baitul Maqdis nanti telah diberikan oleh Israel, tetapi tidak dapat dibina kedutan di sana disebabkan isu zon.

Satu angka yang dijangkakan ialah hampir mencecah AS$1 bilion, jumlah yang hampir sama dengan kedutaan AS di London.

Belum dapat dipastikan lagi bila Trump akan memulakan pembinaan kedutaan baharu yang kekal itu.

Menurut dokumen rasmi, kerja naik taraf kedutaan sedia ada akan dimulakan tidak lama lagi dan akan siap pada April tahun 2020.

Trump telah membuat keputusan pengiktirafan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel dan pemindahan kedutaan itu atas desakan kumpulan pelampau Kristian Evangelical yang merupakan penyokong kuat Republikan.

Semasa perasmian kedutaan itu Mei lalu, protes oleh penduduk Palestin telah berdepan tindakan ganas pihak berkuasa Zionis.

Dilaporkan lebih 50 orang terbunuh dan lebih 2,000 cedera akibat kekejaman pihak bersenjata Zionis.

Tokey judi dan penderma kepada Republikan, Sheldon Adelson juga antara yang mendesak pemindahan kedutaan itu, dan pernah menawarkan bantuan untuk membayar sebahagian kosnya. – Mynewshub.tv

Loading...