Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kejam!! Anjing Dipukul Sampai...

Sejak akhir-akhir ini kes kekejaman terhadap binatang semakin sering berlaku.Ada yang didera hingga...

“Sampai Ke Hari Tua...

SEBAGAI seorang penyanyi dan komposer, perkara yang paling menyedihkan dan memilukan tentunya adalah...

Muhyiddin Bergaul Mesra Dengan...

KUALA LUMPUR - Entah mengapa portal berita propembangkang dilihat berusaha untuk menyelamatkan bekas...

Ezzaty Bedah Buang Ketulan...

BELUM dua bulan melahirkan puteri sulung, pelakon Ezzaty Abdullah dikejarkan ke hospital bagi menjalani...

Trump Mohon Lukisan Tapi Dapat Jamban Emas

WASHINGTON DC – Lain diminta, lain dapat. Apa yang diminta sebenarnya karya pelukis terkenal Van Gogh dari Belanda, namun ditawarkan pula sebuah jamban emas yang dipanggil America.

Begitulah didedahkan akhbar berpengaruh The Washington Post setelah berjaya memperoleh sejumlah surat antara kurator Muzium Guggenheim, Nancy Spector dengan Kurator Pejabat White House, Donna Hayashi Smith.

Menerusi surat rahsia itu, pihak pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ada meminta untuk meminjam sebuah lukisan terkenal karya Van Gogh untuk diletak sebagai hiasan di dalam bangunan rasmi beliau.

Namun, Spector kemudian membalas semula surat permintaan rasmi berkenaan dengan berkata bahawa Trump dan isterinya, Melania sebagai tidak boleh ‘meminjam’ lukisan nadir tersebut, lapor akhbar popular Daily Mail.

Sebaliknya, pihak muzium itu menawarkan sebuah tandas cangkung emas 18 karat yang diberi nama America, karya Maurizio Cattelan. Menerusi arca itu, artis Itali tersebut mahu memaparkan gaya hidup mewah berlebihan di AS.

Baca: Trump Perkenal Peraturan Baharu LGBT Guna Tandas

Juga: Macam Nama Trump, Model Buatan China Ini Ubah Nama

Sepanjang tahun lalu, jamban emas tersebut dipamerkan di sebuah bilik tandas di tingkat lima muzium berkenaan, dengan lebih 100,000 orang pelawat sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai penggunaan hebatnya.

“Sekiranya Presiden dan Wanita Pertama memang berminat untuk memasang America di Rumah Putih, kami ingin menawarkannya kepada pentadbiran White House bagi penggunaan tempoh jangka panjang,” tulis Spector lagi.


Beliau yang sebelum ini pernah mengkritik Trump, menurut peagwai Rumah Putih ada menulis: “Mangkuk tandas itu pastinya berharga dan mudah pecah, tapi kami akan menyediakan cara-cara pemasangan dan menjaga America.”

Apabila pihak The Washington Post mencuba untuk menghubungi Cattelan, beliau bagaimanapun meminta akhbar itu pula menghubungi Muzium Guggenheim mengenai tawarannya dan berkata: “Ia topik yang agak sensitif.”

“Apa makna hidup kita? Semua seolah-olah tidak masuk akal sehingga kita meninggal dunia dan kemudian barulah ada logik,” jawabnya apabila ditanya rasional mengapa mahu memberikan mangkuk tandas tersebut kepada Trump.

Cattelan juga enggan mendedahkan berapakah kos menyiapkan mangkuk tandas tersebut, namun The Washington Post menganggarkannya sekitar AS$1 juta berdasarkan kepada nilai pasaran semasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori