Trump, Isteri Positif Covid-19

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan isterinya, Melania disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini, Trump dan isterinya dilaporkan mengambil ujian saringan selepas seorang penasihat kanan kepada presiden, Hope Hicks disahkan positif virus berkenaan.

“Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif Covid-19. Kita akan menjalani kuarantin dan proses pemulihan dengan serta-merta. Kami akan menghadapinya bersama-sama,” ciapnya menerusi Twitter.

Hicks, 31, sebelum ini mengembara dengan Trump beberapa kali minggu ini, termasuk ketika menaiki kapal Marine One, helikopter presiden, untuk kempen pemilihan presiden pada Rabu.

Selain itu, individu itu turut bersama Trump ketika presiden itu dalam perjalanan ke Debat Presiden di Cleveland, Ohio, Selasa lalu. – Agensi