Trump Fail Tuntutan Kiraan Undi Dihentikan

WASHINGTON – Kempen Pilihan Raya Presiden Donald Trump memfailkan tuntutan mahkamah di Georgia, menuntut supaya kiraan undi dihentikan, lapor Agensi Sputnik memetik Associated Press.

Terdahulu pada Rabu kempen Trump memfailkan tuntutan mahkamah yang sama di Michigan dan Pennsylvania.

Kempen Trump mempersoalkan kewajaran pemerhati dilarang masuk ke pusat pengundian.

Calon Demokrat Joe Biden ketika ini dilihat mendahului Trump dengan 264-214.

Biden mungkin boleh mencipta kemenangan dalam kancah perebutan jawatan presiden andai kemenangan di Nevada berpihak kepadanya, menurut Fox News. – BERNAMA