Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

APMM Sasar Amsas Jadi...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)meletakkan sasaran untuk menjadikan Akademi Maritim Sultan...

Bantuan Keluarga Malaysia Dibayar...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) membabitkan 8.6 juta...

KKM Belum Putuskan PKP...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat memberi kepastian sama ada Perintah...

PRU15: KJ Minta Bertanding...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan...

Trump Dibebas Daripada Dakwaan Pemecatan

WASHINGTON – Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjalankan proses pengundian dan sebahagian besar anggota menolak dua perkara berkaitan pemecatan Presiden Donald Trump yang diluluskan Dewan Perwakilan pada Disember, lapor agensi berita Anadolu

Dewan Perwakilan sebelum ini meluluskan dua perkara iaitu salah guna kuasa dan menghalang Kongres, menyaksikan Trump menjadi ketua eksekutif ketiga dalam sejarah AS berdepan pemecatan. 

Semua 45 anggota Demokrat dan dua bebas mengundi untuk membebaskan presiden daripada dua pendakwaan pemecatan.

Sejurus selepas pengundian yang disifatkan bersejarah itu berakhir, Rumah Putih mengeluarkan kenyataan mengatakan perbicaraan berakhir dengan pembebasan Trump.

“Seperti yang kami katakan selama ini, beliau tidak bersalah. Senat mengundi untuk menolak usul pemecatan yang sama sekali tidak berasas, hanya saingan politik Presiden – semua Demokrat dan satu calon Presiden yang gagal dari Republik – mengundi menyokong pemecatan yang dibuat itu,” Setiausaha akhbar Rumah Putih Stephanie Grisham berkata dalam satu kenyataan.

Trump dijadual berucap mengenai “kemenangan” itu di Rumah Putih pada Khamis.

“Saya akan membuat kenyataan rasmi esok, 12.00 tengah hari dari @RumahPutih mengenai kejayaan BERSEJARAH itu,” tulis Trump di Twitter. 


Usul pemecatan itu berkisar kepada tindakan Trump yang berulang kali meminta Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky membuka kertas siasatan terhadap calon Parti Demokrat Joe Biden dan anak lelakinya, Hunter serta dakwaan bahawa Ukraine adalah negara yang campur tangan dalam pilihan raya presiden AS pada 2016, bukannya Rusia.

Turut menjadi isu ialah penangguhan bantuan ketenteraan sebanyak US$400 juta kepada Ukraine di peringkat kongres dan sama ada Trump telah memberi syarat untuk meluluskan bantuan itu serta kemungkinan terdapat mesyuarat Pejabat Oval dengan Zelensky berhubung tindakan presiden Ukraine itu yang mengumumkan siasatan tersebut (terhadap Biden dan anaknya) secara terbuka.

Sebelum ini, dewan pernah mengundi sebanyak dua kali untuk perkara pemecatan terhadap presiden. Presiden Andrew Johnson (1868) dan Bill Clinton (1998) dibebaskan dalam perbicaraan Senat. 

Sementara itu, Richard Nixon meletak jawatan dari tahun 1974 untuk mengelakkan penyingkirannya akibat skandal Watergate.

Kategori