Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemaju Hartanah Digesa Berwaspada...

KUALA LUMPUR - Pemaju hartanah digesa berwaspada dengan langkah-langkah kos mereka bagi memastikan...

AS Tawar RM4 Juta...

AMERIKA Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM4.06 juta) bagi maklumat mengenai anak...

Sektor Awam Perlu Transformasi...

KUCHING - Sektor awam di negara ini, yang menghadapi cabaran berbeza daripada sedekad...

Wan Azlyn Pecah ‘Monopoli’...

NAMA Wan Azlyn Maashah atau Darling mungkin tidak begitu dikenali dalam dunia hiburan Melayu,...

Trump Berang Schiff Umum Siasatan Terhadapnya

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berang apabila Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan Demokrat, Adam Schiff mengumumkan bahawa panel itu akan meneliti pakatan presiden tersebut dengan Rusia, lapor agensi berita China Xinhua memetik posting Trump dalam akaun Twitter.

“Schiff akan meneliti setiap aspek kehidupan saya, baik dari segi kewangan mahupun peribadi, meskipun tidak ada alasan untuk berbuat demikian,” kata Trump pada pagi Khamis.

“Perkara sebegini tidak pernah berlaku! Gangguan Tanpa Had Terhadap Presiden.”

Presiden itu menuduh anggota Parti Demokrat dan panel kongres yang mereka terajui “sudah gila,” dan mengadu bahawa “tidak akan ada waktu yang tersisa untuk mentadbir kerajaan.”

Schiff pada Rabu berkata siasatan jawatankuasa itu akan melibatkan penelitian berterusan ke atas dakwaan berkaitan peranan Rusia semasa pilihan raya presiden AS 2016 serta hubungan antara Moscow dan kempen Trump.

Siasatan itu, kata anggota Demokrat yang mewakili California, akan turut meneliti “sama ada terdapat pelakon asing yang berusaha menjejaskan atau memiliki faedah kewangan atau sebaliknya, terhadap Donald Trump, keluarga, perniagaan atau rakan beliau.”


Ini selari dengan siasatan pasukan diketuai peguam khas Robert Mueller, yang diketahui memfokus kepada orang hubungan dari Rusia dalam pasukan Trump dan sama ada presiden itu telah menghalang keadilan.

Pasukan Mueller setakat ini telah mendakwa atau berjaya memperoleh pengakuan bersalah daripada 34 orang, termasuk enam bekas sekutu Trump dan lebih 24 rakyat Rusia serta tiga entiti Rusia.

Trump telah berulang kali menafikan terdapat sebarang pakatan antara kempen beliau dengan Moscow dan menyelar siasatan Mueller serta menyifatkannya sebagai satu “penipuan” atau “pemburuan ahli sihir”. – BERNAMA

Kategori