Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DAP Minta Derma RM10...

KUALA LUMPUR - DAP Pulau Pinang hari ini merayu kepada rakyat Malaysia supaya...

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara...

BENTONG - Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara bagi memantau semua...

Anggota TLDM Maut, Anak...

TELUK INTAN - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut manakala isteri...

Padah Fanatik Drama Korea...

PERINGATAN untuk semua peminat drama atau artis Korea, serta seangkatan dengannya, agar tidak habis...

Treler Terbalik, Pemandu, Kelindan Maut

BENTONG – Pemandu dan kelindan treler maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan 9.10 malam itu membabitkan treler yang membawa muatan batu bongkah. 

“Siasatan mendapati treler berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun bersama kelindan berusia 63 tahun dari arah Kuala Lumpur menuju ke arah Bentong. 

“Sebaik tiba di lokasi, treler berkenaan yang dipandu di lorong kiri tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik lalu melanggar penghadang besi di kiri jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Zaiham berkata, kemalangan itu menyebabkan treler berkenaan rosak di seluruh bahagian. 

“Kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi dan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bentong untuk bedah siasat. 

“Difahamkan ketika kejadian, cuaca hujan dan jalan licin. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. 


“Orang ramai dinasihatkan supaya memandu kenderaan atau menunggang motosikal dengan berhati-hati serta mematuhi peraturan lalu lintas terutama had laju selain memastikan kenderaan dalam keadaan selamat serta diselenggara dengan baik,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.30 malam. 

“Seramai 11 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi. Sebaik tiba, kami mendapati dua mangsa lelaki tersepit di tempat duduk pemandu serta penumpang treler berkenaan. 

“Kami mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum operasi ditamatkan jam 10.27 malam. 

“Mayat dua mangsa berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – myMetro Online

Kategori