Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Majlis Senator Sokong Kepimpinan...

KUALA LUMPUR - Majlis Senator Malaysia (MSM) hari ini melahirkan sokongan atas kepimpinan...

Skandal Seks: Pegawai Kanan...

BANGKOK -Seorang pegawai kanan istana Thailand dipecat kerana melakukan ‘perbuatan keji’ termasuk mengadakan...

Kit Siang Nafi Beliau...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau adalah sepupu kepada...

Kecoh.. JAKIM Tarik Balik...

PENGGUNA beragama Islam sememangnya begitu sensitif berhubung isu halal kerana tidak mahu ditipu perihal...

Transformasi Automotif Untuk Mobiliti Masa Hadapan

SERDANG – Dasar Automotif Negara (NAP) 2018 akan terus mendukung transformasi​​​​​​​ industri automotif ke arah mobiliti masa hadapan dan seterusnya menjadi enjin penggerak kepada ekonomi Malaysia ke tahap lebih tinggi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bagi merealisasikan visi ini, dasar serta peraturan perlu disemak dan diselaraskan.

“Penglibatan secara holistik, merentasi pihak berkepentingan termasuk kementerian, agensi industri automotif dan golongan belia adalah penting dalam merancang dan melaksanakan strategi industri ke arah hala tuju yang sama di samping meningkatkan daya saing industri automotif negara,” katanya ketika berucap di majlis jerayawara Mobiliti Terhubung dan pelancaran Pameran Auto Malaysia 2018.

Najib berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama-sama Institut Automotif Malaysia telah memulakan kajian semula NAP.

Kajian tersebut dikenali sebagai NAP 2018 dan merangkumi empat tonggak utama iaitu kenderaan generasi baharu, mobiliti, revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan.

Beliau turut berkata perancangan tiga dekad akan datang adalah untuk memperkasakan ekonomi digital dan terus maju ke hadapan serta menjadi antara pesaing utama dalam industri ekonomi digital.


“Malaysia perlu membangunkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan dan nilai dagangan tinggi untuk terus maju ke hadapan.

“Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan Korea, industri automotif telah lama menjadi penyumbang utama dalam merancakkan transformasi ekonomi mereka,” katanya.

Oleh itu, Najib berkata, Malaysia perlu meneliti trend serta jangkaan global masa hadapan dan pembentukan dasar, rangka kerja institusi serta fasilitasi perlu selari dengan trend tersebut. – BERNAMA

Kategori