Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Daripada Itik Hodoh Kini...

DULU giginya boleh dikatakan `bersepah’ tetapi kini, selepas menjalani pembedahan bagi membetulkan semula...

Serang Syria Ancam Keamanan...

KUALA LUMPUR – Serangan bersepadu ke atas Syria oleh Amerika Syarikat (AS) bersama...

UiTM Nafi Mangsa Kelar...

SEPANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pelajarnya di...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Tragik, Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Depan Ibu

SATU rakaman video yang menyayat hati disiarkan oleh pihak polis tempatan Rusia memaparkan sebuah kereta terlanggar dua kanak-kanak yang cuba melintas jalan secara tidak sengaja.

Menurut sebuah laman antarabangsa, kejadian itu berlaku di Mironezhya di daerah Torzhok.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, kanak-kanak berkenaan bersama ibunya dilihat cuba untuk menyeberangi jalan. Mangsa tiba-tiba bertindak melintas jalan secara melulu tanpa ditemani ibu mereka.

Tragik, Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Depan Ibu

Bagaimanapun kedua-dua mangsa cuba berpatah balik selepas menyedari ada sebuah kereta laju datang ke arah mereka. Malangnya sudah terlambat menyebabkan kedua-dua mangsa dirempuh kereta tersebut di depan mata ibu mereka.

Difahamkan mangsa yang berusia 6 tahun meninggal dunia manakala adiknya mengalami patah tulang dan lebam.


Kejadian itu berjaya dirakam oleh seorang pemandu kereta yang memasang ‘dashcam‘ dan kebetulan turut melalui jalan tersebut ketika insiden berkenaan.

Pihak polis tempatan memuat naik video kejadian itu sebagai peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika melintas jalan raya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori