Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kereta Nasional Ketiga Dilancar...

MODEL pertama kereta nasional baharu dijangka mula dilancarkan pada Mac 2021 dengan jangkaan...

Ringgit Terus Merosot Pada...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar...

3 Manfaat Jantung Pisang...

JANTUNG pisang bukan sahaja lazat jika pandai dimasak malah mempunyai kandungan nutrisi yang baik,...

JDT Sedia Baham Selangor...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) telah bersedia untuk mencipta rekod...

Tragedi Lombong Emas Zimbabwe, 24 Mayat Ditemui

HARARE – Pekerja penyelamat Zimbabwe menemui 24 mayat dan 8 mangsa terselamat di 2 lombong emas yang dinaiki air, manakala puluhan lagi dkhuatiri masih terperangkap.

“8 pelombong yang terperangkap diselamatkan, sementara 24 mayat dikeluarkan dan usaha mencari serta menyelamat masih diteruskan di Lombong Battlefields,” lapor Stesen Penyiaran Zimbabwe.

2 lombong tinggal itu terletak berhampiran bandar Kadoma, 145 kilometer barat daya Harare.

Mangsa yang terselamat dilaporkan berada dalam kedaan stabil.

Rakaman video yang dimuat naik di Twitter, seorang mangsa terselamat memberitahu wartawan, air berada pada paras leher dan mangsa yang terperangkap terpaksa berdiri selama beberapa hari sehingga air surut.

Pada Jumaat kerajaan berkata, antara 60 dan 70 pelombong terperangkap dalam 2 lombong terbabit.


“Kerajaan melancarkan tabung bantuan bagi membantu usaha menyelamat yang menelan kos $200,000. Ia digunakan bagi kerja-kerja mengepam air, serta menyediakan makanan dan minuman kepada keluarga mangsa dan pasukan penyelamat,” kata Menteri Luar, July Moyo dalam satu kenyataan.

Zimbabwe kini dihimpit krisis ekonomi yang terburuk dalam tempoh sedekad.

Perlombongan emas, kebanyakannya di lombong tinggal oleh syarikat besar semakin berleluasa di negara itu yang menjadi sumber pendapatan ramai penduduk. – BERNAMA

Kategori