Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Komander Polis Mati Ditembak...

MEXICO CITY – Seorang komander polis mati dalam satu insiden tembakan yang berlaku...

Bekalan Air 72 Peratus...

KUALA LUMPUR - Pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan zon 1 yang terganggu akibat...

Polis Tak Cukup Keterangan...

KUALA LUMPUR - Pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang direman bagi...

Aplikasi Tudder Lembu Cari...

TERNYATA aplikasi mencari jodoh tidak hanya terhad kepada manusia, tetapi turut digunakan oleh...

Tragedi Kupon Makanan Percuma, 2 Warga Emas Maut

DUA warga emas maut semasa orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan kupon makanan percuma di pasar ICC Pudu di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Shaharuddin Abdullah berkata, mereka menerima maklumat mengenai dua individu meninggal dunia, manakala beberapa lagi rebah di pasar itu pada kira-kira pukul 1.58 petang Isnin.

“Kita menghantar pasukan ke lokasi kejadian dan menemui dua mayat tidak bergerak di lantai.

“Pemeriksaan awal mendedahkan tiada unsur jenayah,” katanya.

Beliau menambah, siasatan lanjut mendapati terdapat program kupon makanan kepada warga emas di lokasi kejadian dari pukul 11 pagi hingga 1 petang.

“Penganjur menyediakan 200 kupon tetapi lebih seribu orang yang hadir.


“Dua mayat wanita dikenal pasti Ah Poh, 85, dan Law Ion Nang, 78.

“Kita percaya mereka mengalami kesukaran bernafas semasa bersesak-sesak,” katanya, sambil menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – The Star

Kategori