Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pasangan Gay Menang Kes...

LONDON – Seorang bayi perempuan yang lahir menggunakan ibu tumpang akan dipisahkan daripada...

Taman Tugu Antara Usaha...

KUALA LUMPUR - Transformasi kawasan Tugu Negara kepada taman rimba kota (Taman Tugu)...

Jho Low Dipercayai Miliki...

SHAH ALAM - Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low...

Juruteknik Maut Kemalangan

ISKANDAR PUTERI - Seorang juruteknik maut selepas terlibat dalam kemalangan Kilometer 1.3 Lebuhraya...

TPPA: Kita Tunggu Dan Lihat, Kata Najib

TOKYO – Malaysia mengambil sikap “tunggu dan lihat” sebelum membuat sebarang keputusan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) berikutan kebimbangan bahawa inisiatif itu tidak akan dilaksanakan susulan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berharap Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dapat meyakinkan Trump bahawa TPPA bukan sahaja akan memanfaatkan 11 negara tetapi juga AS.

Abe dijangka bertemu dengan Trump di New York pada Khamis dan beliau merupakan pemimpin dunia yang pertama berbuat demikian.

“Beliau (Abe) berpendapat bahawa kesemua 11 negara TPPA perlu menghantar mesej kepada bakal presiden itu . Beliau percaya bahawa syarikat korporat di AS juga mahu perjanjian ini dikuatkuasakan,” kata Najib pada akhir lawatan beliau di sini.

“Kita perlu mengambil sikap tunggu dan lihat kerana apa yang beliau kata semasa berkempen bagi pemilihan jawatan presiden mungkin tidak sama seperti apa yang beliau kata semasa menyandang jawatan itu,” kata Najib.

“Saya rasa kita perlu memberi beliau masa untuk mencerminkan apa yang akan menjadi dasar pentadbiran baharunya.”


Perdana menteri berkata negara-negara anggota TPPA percaya bahawa perjanjian itu akan menggalakkan perdagangan bebas dan membuka pasaran bagi negara-negara yang menyertainya.

“Jika, sebaliknya, kita berfikiran ke arah fahaman perlindungan, kesannya adalah negatif,” kata beliau.

Najib berkata Malaysia perlu bekerjasama dengan presiden baharu untuk mengukuhkan hubungan baik dengan AS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori