Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Tawar Kadar...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad menawarkan kadar penghantaran istimewa untuk setiap kad...

Gol Tunggal Razie Cerahkan...

KUALA LUMPUR - Jaringan tunggal Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menghidupkan peluang Malaysia...

Rambut Anda Gugur? Lakukan...

RAMAI yang berhadapan dengan masalah keguguran rambut tidak kita jantina ataupun usia dan...

PAS Tidak Perlukan Pakatan...

KUALA LUMPUR - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki membayangkan...

TPM Sedih Ada Ketua UMNO Bahagian Ditahan Dadah

KESAL… Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menganggap kes seorang Ketua UMNO Bahagian ditahan di sebuah pusat hiburan di ibu kota kelmarin sesuatu yang mendukacitakan dari segi moral.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri turut mengakui kejadian itu boleh beri kesan kepada BN di kawasan berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bercakap dalam sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, di Kuala Krai, Kelantam pada Selasa, beliau berkata hal berkenaan akan dibincangkan oleh pimpinan BN.

“Dari segi perundangan dan penguatkuasaan walaupun kita tidak boleh menghukum mana-mana individu sebelum hukuman dijatuhkan mahkamah, namun dari segi moral ia amat mendukacitakan dan tidak seharusnya berlaku.

“Sudah pasti ia memberi kesan dan menjejaskan kawasan tersebut, namun kita akan berusaha supaya organisasi parti serta rakyat tidak pula terjejas,” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Terdahulu, beberapa portal berita tempatan melaporkan ketua UMNO Bahagian berkenaan bersama-sama beberapa orang rakannya ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan ternama di Jalan Imbi di Kuala Lumpur.


Ujian air kencing yang dikendalikan oleh pihak polis kemudian mendapati mereka sebagai positif dadah. Operasi berkenaan turut disertai pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu pejabat UMNO bahagian berkenaan dilaporkan telah mengundang wartawan untuk memberi penjelasan mengenai isu panas tersebut pada sidang media pagi Rabu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori