Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Eksklusif: Peniaga Atas Talian,...

JIKA sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu telah bertukar...

Mukhriz Guna Pengaruh Bola...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai menggunakan pengaruhnya...

Rimas Diganggu, Farahdhiya Mahu...

SABAN hari, ada sahaja berita tentang golongan selebriti diganggu secara seksual oleh pengikut...

Pokok Hempap Kereta Dinaiki...

PUTRAJAYA - Sebuah kereta yang dinaiki tiga beranak dihempap sebatang pokok di Presint...

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei memberi sumbangan kepada usaha membangunkan negara.

Beliau berkata sokongan daripada mereka penting dalam usaha kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) memperbaiki apa ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Sekarang masa untuk kita sama-sama membina negara dan kerajaan ada hala tuju jelas ke arah itu serta usaha menunaikan manifesto PH yang dibuat ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Pada masa sama, kerajaan sedar dengan kritikan diterima terutama dalam menunaikan manifesto yang dibuat ketika itu tanpa mengetahui masalah hutang ditanggung negara,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat Malaysia di sini, malam ini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 450 rakyat Malaysia di Brunei yang terdiri daripada golongan profesional, ahli perniagaan dan pelajar di institusi pendidikan Brunei.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata jika semua rakyat bersatu, masa depan negara sudah tentu boleh diubah.


Mengulas lanjut pada sidang media selepas majlis itu, katanya rakyat Malaysia di Brunei yang terdiri daripada golongan profesional mempunyai kepakaran dan membantu dalam aspek pembangunan negara berkenaan.

Justeru, beliau berkata kerajaan mengalu-alukan mereka memberi sumbangan menerusi kepakaran dalam bentuk idea, syor dan teguran.

“Ini bukan bererti kerajaan mahu menarik mereka balik, tetapi hanya dari segi idea, syor dan teguran. Kita menerima secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata terdapat kira-kira 30,000 rakyat Malaysia bekerja di negara ini, dan 10,000 daripada mereka adalah golongan profesional yang bertugas dalam sektor minyak dan gas, ahli perniagaan serta doktor. – BERNAMA

Kategori