Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rempuh Penjara Sebab Nak...

MIAMI - Pihak berkuasa di Florida, Amerika Syarikat menahan seorang lelaki pada Sabtu...

TN50: Pelawa Rakyat Kongsi...

KUALA LUMPUR - Setelah beberapa siri dialog diadakan untuk mengumpul pandangan bagi merealisasikan...

Apps Memudahkan Pelancong Islam...

PADA tahun 2014, 180,000 pelancong Islam tiba di Taiwan untuk menikmati keindahan luar...

KKM Ambil Sampel Tepung...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa...

‘Toyol’ Masjid Diburu Di Pulau Pinang

‘TOYOL’ masjid yang giat mencuri barangan berharga milik jemaah dan masjid ketika solat Subuh kini diburu polis di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pecah tabung di sebuah masjid di kawasan itu, pihak pengurusan menyedari kejadian itu ketika jemaah datang untuk solat Subuh jam 6 pagi Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada jam 1.20 petang semalam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati aksi suspek lelaki berusia 20-an berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid.

“Pihak pengurusan masjid tidak dapat menentukan kerugian kerana wang berada di dalam tabung.

“Polis kini menggiatkan usaha memburu suspek dan memohon orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.


Sementara itu, polis juga giat memburu dua lelaki yang bertindak mencuri beg sandang seorang wanita di Masjid Jamek Tasek Gelugor.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi semalam itu, wanita berkenaan menyedari beg sandang miliknya berisi wang tunai RM370 dan dokumen pengenalan diri hilang sejurus mengerjakan solat subuh.

“Wanita itu hanya mengesyaki sebuah kereta jenis Proton Iswara merah dinaiki dua lelaki yang bergegas meninggalkan masjid sejurus solat.

“CCTV masjid di bahagian solat wanita tidak berfungsi dengan baik dan usaha memburu dua lelaki berkenaan sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – MyMetro

Kategori