Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PBB Setuju Pantau Yaman

NEW YORK (PBB) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara meluluskan...

Masih Sayang.. Zamarul, Diana...

SEBELUM ini, pergolakkan rumah tangga antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar mengejutkan ramai...

Jurutera & Pelajar Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang jurutera kilang dan pelajar perempuan lepasan politeknik masing-masing didenda...

“Saya Mahu Jadi Huffaz”...

JOHOR BAHRU - Berita penderitaan pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd....

Tony Pua Sahkan Defisit Negara Sekarang Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membidas semula Tony Pua selepas Setiausaha Politik, Lim Guan Eng itu menyatakan beliau Menteri Kewangan paling teruk di Asia pada tahun 2016 dengan merujuk artikel Finance Asia.

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan Pua itu hanya merujuk satu artikel yang dikeluarkan sebuah portal kecil yang berpangkalan di Hong Kong.

Jelas Najib, artikel itu mendakwa beliau menteri kewangan paling teruk di Asia selepas meletakkannya di tangga ke 12 dalam senarai 12 orang menteri kewangan sahaja.

Sedangkan di rantau Asia, katanya, ada 48 buah negara, bukan 12.

“Portal itu juga pernah memberi saya ranking nombor 8 dari 12 pada tahun 2015.

“Portal itu bukan Forbes, Fortune, CNN atau Bank Dunia tapi satu portal di Hong Kong. Kalau nak tonton video dari CNN, boleh klik sini: https://youtu.be/sgIB_ciF_Yk,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Najib, di sebalik kenyataan Pua itu, Ahli Parlimen Damansara itu sebenarnya telah mengesahkan bahawa defisit negara sekarang adalah lebih tinggi daripada pentadbiran Barisan Nasional.

“Sekaligus, dia mengesahkan bahawa semua maklumat yang saya keluarkan tentang kenaikkan hutang kerajaan PH adalah sahih.

“Maka hutang rasmi negara hari ini disahkan sudah naik ke RM781.4 bilion berbanding RM686 bilion pada akhir 2017 di bawah BN.

“Pinjam lagi RM18.6 bilion, kita cecah hutang RM800 bilion dengan rasminya,” kata Najib sekali lagi selepas kenyataan sama dibuat baru-baru ini.


Berhubung kenyaan Pua yang berkata: “Takkanlah sebagai seorang yang pernah memegang jawatan Menteri Kewanga melebihi satu dekad tidak tahu bahawa penerbitan bon setiap bulan oleh Bank Negara Malaysia adalah satu tindakan yang biasa selama ini untuk membiayai defisit belanjawan negara?” Najib berkata, sudah tentu beliau tahu.

Namun, isu pokok adalah defisit kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah lebih besar dari masa BN, pinjaman kerajaan PH melalui penerbitan bon adalah jauh lebih besar dan kerap berbanding masa BN.

Malah, hutang negara masa PH meningkat dengan kadar jauh lebih cepat berbanding masa BN dan hutang negara semakin dekat dengan impian PH RM1 trilion.

“Oleh itu juga, hutang negara telah meningkat – dan bukan menurun seperti yang boss Tony cuba menipu rakyat.

“Itulah isu pokok yang saya sampaikan. Faham atau tidak?” tanya Najib yang turut menyelar Pua yang menyebut mengenai hutang 1MDB dalam kenyataan itu.

Namun, kata Najib, Pua tidak pula menyebut projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion dan projek TRX bernilai RM40 bilion yang kerajaan PH sendiri sebut adalah sangat menguntungkan dan antara aset terbaik negara. – MalaysiaGazette

Kategori