Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

19.2 Juta Ternakan Di...

SEOUL - Korea Selatan dan Jepun mengarahkan lebih banyak ternakan dibunuh bagi membendung...

Keluarga Reda Hanya Jenazah...

KUCHING - Biarpun bersedih hanya jenazah Tambi Jiee akan dibawa pulang esok, anggota...

Banjir Di Kuantan Semakin...

KUANTAN – Keadaan banjir di daerah Kuantan semakin buruk pada malam ini, apabila...

Pemuda Mahu Perkosa, Makan...

MIAMI, Florida – Seorang warga Texas ditangkap selepas mengiklankan secara online keinginannya untuk...

Tom Cruise Pertaruh Nyawa Demi M:I Fallout

KLIP video baharu Tom Cruise melakukan babak aksi selama 30 minit untuk filem terbaru “Mission: Impossible – Fallout” telah tersebar dan tular di Internet baru-baru ini.

Rakaman di sebalik tabir Cruise melompat keluar dari pesawat tentera di atas padang pasir di Abu Dhabi dan aksi ‘freefalling‘ dari ketinggian hampir 25,000 kaki juga telah mengejutkan banyak peminat filem.

Pelakon Simon Pegg yang turut terlibat berlakon dalam filem tersebut mengakui, ketika babak itu dilakukan, semua pelakon dan kru produksi berasa sangat bimbang dan cemas kerana tiada jaminan Cruise akan hidup.

“Perbezaan antara anda melihat aksi-aksi ini dan kami melihatnya adalah anda tahu bahawa dia masih lagi hidup,” katanya.

Sementara itu, satu lagi video baharu yang dimuat naik menerusi YouTube, juga memaparkan rakaman di sebalik tabir aksi aktor Hollywood tersebut di helikopter, kereta dan motosikal.


Meskipun profesional tetapi Cruise membuktikan dia juga manusia biasa apabila telah mengalami kecederaan pada pergelangan kaki ketika penggambaran aksi lompat bangunan di London tahun lalu.

Penggambaran tersebut serta-merta dihentikan buat sementara dan bersambung semula selepas bintang berusia 56 tahun itu benar-benar sembuh. – Aceshowbiz/AstroGempak

Kategori