Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kisah Suardi, Pengemis ‘Winnie...

JIKA di Malaysia, golongan pengemis sering mendapat pandangan negatif daripada masyarakat awam.Kewujudan mereka...

Murid Terjatuh Dari Tingkat...

SHAH ALAM - Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang cedera...

‘Mo Salah Kembali Sepenuhnya,...

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan keyakinannya terhadap Mo Salah dan memberi amaran kepada...

Individu Dakwa Terima Suntikan...

SHAH ALAM - Seorang individu membuat laporan polis mendakwa menerima suntikan vaksin jenis...

Tolak Tindakan Yang Menghalang Cara Hidup Aman & Harmoni

KOTA KINABALU – ​​​​Ketua Menteri ​​​Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menggesa rakyat agar menolak dengan berani segala bentuk rancangan dan tindakan yang dianggap menghalang cara hidup Malaysia yang aman dan harmoni.

“Biarlah rasa cinta terhadap kedamaian kukuh tertanam di hati kita, mendorong kita untuk mempromosi tanpa penat lelah, keamanan dan harmoni,” katanya dalam perutusan Hari Krismas.

Beliau berkata Krismas adalah waktu bila mesej keceriaan dan kedamaian didengar dan disebarkan begitu jauh dan meluas.

“Kita juga melihat ini sebagai saat-saat bahagia untuk kita bertafakur sejenak dan mensyukuri pelbagai nikmat yang telah kita terima.

Tahun ini sebenarnya merupakan tahun yang luar biasa bagi negeri dan negara kita.

“Kuasa Ilahi telah membolehkan rakyat berfikir dengan mendalam, mendorong mereka bergerak dengan berani dan penuh azam ke arah perubahan; perubahan untuk cara hidup yang lebih baik,” kata beliau.

“Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei telah memberikan rakyat Malaysia kebolehan dan hak untuk menolak sebuah regim yang korup dan menindas, mengakibatkan kesulitan dan kesengsaraan kepada negara dan warganya.


“Rakyat telah memilih pemimpin yang boleh mereka percayai, yang mempunyai rancangan dan program yang boleh melindungi hak mereka dan kepercayaan terhadap penggunaan secara bijak sumber kekayaan negara kita,” kata beliau.

Ketua menteri berkata kesemua menteri dan agensi dalam kerajaan negeri Sabah kini siap sedia sepenuhnya untuk mula menyampaikan hasil dan faedah yang begitu diharap oleh rakyat.

“Kita, dengan ini, menyertai masyarakat Kristian di negara, dalam merayakan Krismas,

“Bagi pihak Kerajaan Sabah, isteri dan keluarga saya mengucapkan selamat Hari Krismas,” katanya. – BERNAMA

Kategori