Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penumpang Kereta, Penunggang Motosikal...

JOHOR BAHARU - Seorang penumpang kereta dan penunggang motosikal maut apabila kenderaan mereka...

Pembangunan Jeti Kuala Pahang...

PEKAN - Mereka yang pertama kali tiba di perkampungan nelayan Kuala Pahang di...

Perbicaraan Ebit Lew Kes...

KOTA KINABALU : Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew...

Pusat Teknologi Mempelam Di...

ALOR SETAR: Selain terkenal dengan keindahan Pulau Langkawi, rupa-rupanya banyak lagi keunikan yang...

Tolak Tawaran Lakonan, Aaron Fokus Bisnes-Ibadat

KEBANYAKAN selebriti tempatan pasti ada ‘side business’ tidak kira sebelum ataupun ketika kedatangan bulan Ramadan.

Bagi pelakon hebat kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz, Ramadan tahun ini sama sahaja seperti tahun yang sebelumnya.

Di bulan Ramadan, Aaron langsung tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana dia mahu memberi fokus sepenuhya  terhadap ibadat dan bisnes yang dijalankan bersama isteri tersayang, Datin Diyana Halik.

Malah, aktor bertubuh sasa itu turut berasa bersyukur kerana produk seperti kain samping, madu dan makanan yang diusahakan bersama isterinya mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Ikutkan memang tak cukup tangan kerana kami juga ‘turun padang’ ke bazar yang disertai. Selain menambah pendapatan, saya seronok bertemu peminat yang tidak putus beri semangat,” katanya ketika ditemui BH Online.

Selama dua tahun menanti masa tayangan, Aaron kini masih lagi menunggu filem kedua di bawah arahannya sendiri berjudul Sayu Yang Syukur untuk ditayangkan kepada umum.


Aaron yang juga kini dikenali sebagai pengarah itu turut galas tanggungjawab berat tersebut dengan sebaik mungkin tetapi dalam isu tayangan, dia hanya menyerahkan sepenuhnya kepada syarikat produksi bagi menentukan berkaitan urusan promosi serta edaran filem.

AARON TAMPIL BERLAKON DALAM FILEM INDIAN TAMIL PERTAMANYA BERJUDUL TIK TIK TIK.

“Setakat yang saya tahu, segala-galanya sudah siap termasuk lagu latar. Penggambaran pula selesai sekitar Julai 2015. Apapun, tarikh tayangan adalah hak penerbit.

“Mungkin mereka masih mencari tarikh yang paling sesuai. Saya belum tahu mengenai status filem itu. Namun, kami pasti akan menguar-uarkan apabila ia sedia memasuki pawagam nanti.

“Sebagai orang yang diberikan amanah, saya bersyukur urusan penggambaran berjalan lancar, malah semua pelakon dan kru memberikan kerjasama yang baik,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangaan lain, Aaron masih lagi bekerjasama dengan syarikat tekstile Jakel bagi mengeluarkan produk baju Melayu dan samping sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma ini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori