Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

JPN Pahang Permudah Urusan...

KUANTAN – Keprihatinan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membantu meringankan urusan keluarga dua pesakit...

Polis Hilir Perak Selesai...

TELUK INTAN - Dua lelaki yang menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar Teluk...

Perompak Ambil Masa 2...

NIBONG TEBAL - Empat lelaki bersenjatakan parang mengambil masa tidak sampai dua minit...

Tasha Shilla, Hans Dah...

SEANTERO Malaysia mengetahui tentang hubungan cinta antara aktres sensasi, Tasha Shilla dan peninju Muay...

Tolak 50 Komposer, Sarah ‘Terpikat’ Dengan Lagu Shuib

DALAM banyak-banyak komposer yang ‘lamar’ Siti Sarah untuk single baharunya, siapa sangka wanita kecil molek itu akhirnya jatuh cinta dengan lagu ciptaan suaminya sendiri, Shuib Sepahtu.

Selepas melibatkan diri dalam program Gegar Vaganza musim ketiga sekitar dua tahun lalu, Sarah sebenarnya telah menerima lebih 50 buah lagu daripada ramai komposer tempatan.

“Saya terima lebih 50 buah lagu daripada komposer tempatan tapi saya tolak kerana tidak sesuai dan tidak sangka lagu ciptaan suami sendiri juga yang kena dengan saya.

“Dia mengambil masa agak lama berbulan-bulan juga termasuk buat lirik yang mengisahkan tentang percintaan,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Lagu berkenaan sudah selesai dirakamkan pada penghujng tahun lalu dan di sebalik proses rakaman, ibu kepaada dua cahaya mata itu memberitahu bahawa terdapat banyak cabaran yang telah dihadapinya.

Hampir tujuh tahun tidak muncul dengan single baharu, Sarah mengakui bahawa dia mengalami sedikit kesukaran dan kadang kala, hal kecil turut membuatkan dia terganggu.


Semalam, telah berlangsung majlis pra dengar single baharunya itu berjudul Semakin yang diadakan di pejabat Indigital Sdn. Bhd. di Petaling Jaya, Selangor.

Namun mengikut perancangan, persembahan mini Sarah bakal diadakan pada 4 Mei ini tetapi terpaksa ditunda kepada 6 Julai kerana tarikh itu terlalu hampir dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan berlangsung pada 9 Mei ini.

“Selain dekat PRU14, tarikh 4 Mei terlalu awal untuk saya buat persiapan secukupnya. Kalau boleh saya mahu buat terbaik dan memuaskan hati peminat yang lama menanti persembahan saya,” tambahnya.

Ketika persembahan mini itu nanti, Sarah bakal menyampaikan sebanyak 12 hingga 15 buah lagu dalam masa satu jam setengah.

Persembahan itu bakal diadakan di Matic Kuala Lumpur, pada jam 9 malam. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori