Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Bekas Tentera Amuk Dalam...

SUTHERLAND Springs (Amerika Syarikat) - Seorang bekas anggota tentera udara melepaskan tembakan rambang...

PM Bangladesh Minta Myanmar...

DHAKA - Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina semalam meminta Myanmar mengambil semula puluhan...

Perdana Menteri Lancar Dua...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan dua buku berkenaan...

Ancaman Bom: AS, UK...

WASHINGTON - Pasukan perisik AS mengatakan militan Daesh sedang mencipta bom yang disorok di dalam alat-alat elektronik...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

JELI – Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu Khasnya, Zahari Kecik.

Beliau berkata pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas Mustapa mengadu sakit perut dan disahkan terdapat batu karang dalam badannya.

“Dalam tempoh seminggu ini bermungkinan semua program ditunda bagi memberikan ruang untuk Tok Pa (Mustapa) berehat.

“Sepatutnya hari ini Tok Pa menghadiri majlis solat sunat hajat semperna pembukaan pusat khidmat Ahli Parlimen Jeli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jeli,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Bersatu bahagian Jeli Dr Aminuddin Yaacob.

Beliau berkata rawatan pembedahan itu dilakukan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.


“Kami turut melakukan solat sunat hajat bagi memohon urusan pembedahan Tok Pa dipermudahkan,” katanya.

Mustapa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas dalam Parlimen Jeli, sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila keluar daripada UMNO dan tidak lama selepas itu mengumumkan menyertai Bersatu. – BERNAMA

Kategori