Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Polis Terima Laporan Dakwaan...

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua...

Jangan Sia-Siakan Amanah Rakyat

KUALA LUMPUR - Setelah sekian lama ternanti-nanti dengan pelbagai tekaan mengenai keputusan Pilihan...

Ronaldo Tak Terganggu, Mahu...

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo dilaporkan bersedia untuk meninggalkan kelab itu dan rakan...

Perjawatan Baharu Meningkat 145,000...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia merekodkan kekosongan pekerjaan bagi kategori siswazah sebanyak...

Tok Mat Sambut Baik Zahid Kembali Bertugas

SEPANG – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengalu-alukan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang akan kembali bertugas selepas bercuti sejak Disember tahun lalu.

Menurut Mohamad, selaku Presiden UMNO yang dipilih untuk memimpin parti sehingga 2021, kemunculan kembali Ahmad Zahid sememangnya dinanti.

Memetik laporan Utusan Online, Mohamad mengakui Ahli Parlimen Bagan Datuk itu wajar untuk kembali bertugas untuk sama-sama menguruskan parti.

“Alhamdulillah kalau Ahmad Zahid menyatakan untuk kembali bertugas.

“Kita dapat meneruskan agenda memperkasakan parti serta menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang 2019 di sini hari ini.

Ditanya sama ada kehadiran Ahmad Zahid boleh mengganggu usaha penstrukturan semula parti yang telah dilaksanakan beliau sebelum ini ketika menjalankan tugas-tugas Presiden, katanya ia tidak sama sekali.


“Saya menjalankan tugas presiden atas asas yang dipersetujui dan semuanya juga atas kerjasama pihak Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Tiada isu mengatakan saya membuat perkara lain kerana tiada apa kelainan yang dibuat,” katanya.

Ahmad Zahid secara terbuka hari ini mengumumkan untuk kembali menerajui parti selepas bercuti sejak 18 Disember tahun lalu ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk, Perak.

Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen UMNO keluar parti serta kritikan bahawa UMNO tiada hala tuju di bawah pimpinannya. – Sinar Harian

Kategori