Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Gali Kubur Untuk...

Beirut - Seorang penjaga tanah perkuburan, Deab Saiqly menggali kubur ibunya dan mengambil...

Rakyat Ingin Pulang Perlu...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air, perlu mendaftar butiran peribadi di laman...

Rakyat Sudah Meluat Dengan...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kebimbangan berhubung...

Penipuan Pemilihan Semula DAP...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli DAP mengejutkan ramai pihak apabila mengemukakan surat aduan...

Tohmahan Konon PM Tak Habis Belajar Dinafi

MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembangkang kini terpaksa bekerja keras hasut rakyat membenci Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tohmahan liar waima tahu ia tiada asas.

Terbaharu, Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor, seorang pemimpin PPBM, sebuah parti pembangkang kecil serpihan UMNO; melemparkan dakwaan konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menamatkan pengajian.

Menerusi rakaman video di YouTube pada 21 Mac lalu, Ketua PPBM Bahagian Pekan itu melemparkan tuduhan jahat kononnya Presiden UMNO tersebut tidak habis belajar di Universiti Nottingham di England pada 1974 lalu.

Dakwaan tersebut dinyatakan Abdul Rahman, 69, yang juga anak jati Pekan sebagai memperlekeh taraf akademik Najib, 63, sekali gus mendakwa sedia mencabar Pengerusi BN itu di kerusi Parlimen Pekan pada PRU ke-14 nanti.

Beliau mendakwa mendapat maklumat itu ketika bertugas sebagai atase pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Britain selama lima tahun selepas tamat belajar dari Universiti Malaya pada 1972.

Kesal dengan isu tersebut, Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib tampil bersuara menyanggah tohmahan Abdul Rahman sebagai penipuan dan fitnah terdesak PPBM melemahkan pengaruh BN.

“Najib sebenarnya berjaya menamatkan pengajian menerusi bidang Industrial Economics daripada Universiti Nottingham pada 1974 sebelum pulang ke tanah air untuk aktif dalam politik di Malaysia lebih daripada 40 tahun.”

Malah semakan secara langsung dengan laman web rasmi University of Nottingham turut mengesahkan mengenai perkara tersebut menerusi pautan https://www.nottingham.ac.uk/.

Lebih membanggakan apabila Naib Canselor Universiti Nottingham, Profesor David Greenaway sendiri berkata: “Saya amat gembira bahawa lulusan Universiti Nottingham telah memegang kedudukan yang sebegitu penting.


“Pihak universiti ada sejarah panjang bekerjasama rapat dengan Malaysia – dua bekas Raja juga ialah graduan Universiti Nottingham, dan kami merupakan universiti British yang pertama menubuhkan kampus di negara ini.

Tidak ketinggalan Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Nottingham Kampus Malaysia, Profesor Ian Pashby berkata: “Seluruh komuniti sangat bangga salah satu daripada mereka menjadi Perdana Menteri.”

Ia adalah jelas sekali bahawa bukan sahaja Najib telah pun menamatkan pengajian dari universiti elit tersebut sehinggakan tokoh-tokoh akademik di institusi pengajian tinggi tersohor itu juga amat berbangga dengan beliau.

Untuk rekod, Perdana Menteri Britain, David Cameron pada 2012 ketika melawat Malaysia turut berkunjung ke kampus cawangan universiti itu di Semenyih, Selangor sambil mengadakan perbincangan rasmi dengan Najib.

Mengulas lanjut Ahmad Azmey berkata, beliau sendiri pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London ketika Najib berada di negara berkenaan untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi di universiti berprestij tersebut.

Bahkan, Ahmad Azmey menjelaskan bahawa untuk memasuki Universiti Nottingham juga bukan mudah dan calon disaring ketat mesti memperoleh keputusan cemerlang di peringkat A-Level. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori