TMJ Curi Tumpuan, Diserbu Di Bazar Ramadan

KULAI – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan kejutan apabila melawat dan meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Jalan Temenggong, di sini petang tadi.

Kehadiran putera sulung Sultan Johor itu mencuri tumpuan orang ramai sebelum dikerumuni apabila pengunjung dan peniaga menyedari kehadirannya yang singgah di bazar itu secara tiba-tiba.

Tunku Ismail meluangkan masa kira-kira setengah jam melihat serta membeli juadah selain sempat beramah mesra dengan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

Peluang tersebut diambil para pengunjung untuk berswafoto bersama-sama Tunku Ismail yang tidak lekang dengan senyuman semasa bertemu mereka.

Loading...