Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 6.8 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,823,104 dos vaksin diberikan di negara ini setakat semalam...

Tunggang Motosikal 2 Km...

KUANTAN -Ā ā€œSaya nekad menunggang motosikal kira-kira dua kilometer (km) ke hospital dalam keadaan...

Najib Adakan Pertemuan 4...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata...

FMLLP, FAM Hancurkan Daya...

KOTA BHARU - Tan Sri Annuar MusaĀ mendakwaĀ tindakanĀ Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan...

DYMM TMJ: Berfikir Di Luar Kotak

KOMENĀ TMJ mengenai kejayaan Mohd. Faiz Subri memenangi anugerah berprestij PUSKAS FIFA 2016 cukup menarik.

Ia komen “Berfikir di luar kotak” dan seimbang. Sambil memuji kejayaan Faiz, baginda mengingatkan, kejayaan individu tidak boleh menutup kelemahan keseluruhan.

Pada saya, mesej baginda ialah jangan terperangkap dengan “False Confident” atau keyakinan palsu.

Justeru TMJ menggunakan satu istilah menarik iaitu “Mentaliliti Malaysia”.

TMJ mahu kita membuang mentaliti Malaysia yang negatif dan pada saya satu daripadanya ialah “keyakinan palsu”.

Jangan kita menafikan ada sikap buruk yang dikaitkan oleh orang luar sebagai mentaliti Malaysia. Contohnya last minute iaitu buat kerja minit terakhir.

BACA: Saya Tidak Mahu Angkat Faiz Setinggi Langit ā€“ TMJ

Bila TMJ mencadangkan sekolah “Bangsa Johor” ia juga fikiran “Di luar kotak”. Apa salahnya KPM membenarkan Kerajaan Johor melaksanakannya.


Lagi pun Johor ada pengalaman melaksanakan sekolah SRAB (Sekolah Rendah Agama Bersepadu) selain Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.

Yang penting ia tidak lari daripada dasar pelajaran Kebangsaan. Apa salahnya kita menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza demi melahirkan anak bangsa dengan mentaliti Malaysia yang positif?

Sejarah membuktikan bila ada anggota Istana mengeluarkan pendapat di luar kotak dan bersifat kerakyatan maka ia pendorong kepada “Kesungguhan Politik” dan “Kejujuran Politik” yang lebih berkesan untuk perubahan.

Tahniah TMJ. Tahniah Mohd. Faiz Subri.

Oleh: Dr. Mohd. Puad Zarkashi

Kategori