Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Ahmad Husni Pernah Jawab...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengemukakan soalan...

Tambah Pusat, Saluran Mengundi...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menambah pusat daerah mengundi dan...

Sharifah Farl, Wanita Melayu...

EMPUNYA nama Facebook, Sharifah Farl tiba-tiba menjadi perbualan hangat netizen menerusi laman sosial. Semuanya...

Agong Diberi Sambutan Rasmi...

BEIJING - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini diberikan...

TM Berpotensi Jadi Pemain Utama Telekomunikasi

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia (TM) dilihat bukan sahaja sebagai pemain utama industri telekomunikasi di Malaysia tetapi juga mempunyai potensi berperanan secara efektif di peringkat global.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata ini kerana syarikat itu mempunyai banyak kelebihan terutama daripada segi infrastruktur seperti mempunyai kabel submarin.

Bagaimanapun, beliau mahu TM peka dan memberi maklum balas kepada setiap aduan daripada pelanggan mereka berhubung perkhidmatan syarikat itu.

“SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) keluarkan kenyataan kata ada 8,000 aduan dan kesemua aduan itu datang kepada saya di Twitter setiap hari. Saya gembira melihat satu kenyataan cukup mendalam daripada TM yang mengatakan ada masalah Streamyx,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Isnin lepas, TM mengeluarkan satu kenyataan bahawa syarikat itu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pelanggannya dan memberi penjelasan terhadap aduan mengenai perkhidmatan jalur lebar, Streamyx.

Syarikat itu mengharapkan kolobrasi ‘menang-menang’ dengan kerajaan untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx secara tuntas.


Dalam pada itu, Gobind berkata kerajaan bersedia membantu TM menyelesaikan masalah yang dihadapi syarikat itu.

Katanya, ia juga sebagai persediaan menghadapi dunia Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang mana terdapat keperluan untuk mewujudkan sistem infrastruktur yang kukuh kepada negara.

Kepada celahan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mengenai ura-ura pekerja TM akan diberhentikan ekoran penurunan harga jalur lebar yang memberi impak kepada perniagaan, Gobind berkata TM perlu mencari model perniagaan yang memberi keuntungan, sekali gus tidak memberikan kesan kepada kakitangan syarikat itu. – BERNAMA

Kategori