Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Berani Kahwin, Berani Daftar,...

KUALA LUMPUR - Perkahwinan yang tidak didaftarkan menjadi punca utama kepada isu kanak-kanak...

Kudat: Lelaki Maut, Isteri...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala isteri dan tiga anaknya cedera parah...

Tsunami Undi Melayu Kepada...

JITRA : Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md...

Tembak Jiran Kerana Buang...

TEXAS - Dua beranak ditahan polis apabila rakaman mereka menembak mati seorang jiran...

Title ‘Artis Segera’ Buat Khai Ingin Terus Berjaya

LAMBAKAN penyanyi dan pelakon baharu sekarang ni membuatkan mereka perlu bersaing antara satu sama lain untuk terus mencari makan di dalam industru hiburan masa kini.

Bagi penyanyi yang mula dikenali menerusi aplikasi ‘Smule’, pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar, dia telah berjaya membuktikan ‘artis segera’ sepertinya mampu melangkah jauh dalam bidang yang diceburinya.

Selain itu, bakat dan kerja keras yang dilakukan olehnya juga telah membuatkan dia terus meniti nama sehingga berjaya menghasilkan single kedua yang bertajuk Luluh.

Namun, walaupun penyanyi berusia 23 tahun itu telah berjaya memperoleh banyak anugerah dan pengiktirafan sepenjang kariernya, dia akui bahawa dia tidak mahu berbangga diri dan terus memandang anugerah itu.

Antara anugerah yang diperolehnya ialah bagi kategori Lagu Paling Popular (Bayang), Artis Baharu Lelaki Meletop, Artis Baharu Lelaki Popular (ABPBH2017), Artis Paling Popular (Anugerah Planet Muzik2017) dan banyak lagi.

Terbaharu, lagu Bayang yang menjadi fenomena sebelum ini telah berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL) yang bakal diadakan Februari tahun hadapan.

“Sebagai penyanyi baru, ia memang impian saya untuk beraksi di pentas berprestij AJL dan berada pada tahap ini adalah pencapaian tertinggi untuk lagu Bayang.

“Saya akui saingan cukup sengit dan saya sudah buat yang terbaik ketika persembahan.

“Alhamdulillah, ternyata rezeki juga menjadi milik saya dan lebih bermakna kerana ia kali pertama persembahan saya dinilai barisan juri professional dan bukan bersandarkan populariti,” katanya dipetik daripada BH Online.


Tambah penyanyi berbakat besar kelahiran negeri Perlis itu lagi, dia berasa sangat bersyukur di atas kejayaan itu dan berjanji akan berusaha sehabis baik ketika final nanti.

“Saya akan fokus pada aspek vokal dan persembahan untuk memuaskan hati semua orang. Saya juga ada elemen kejutan dan kelainan pada final AJL nanti,” ujarnya.

Bagaimana pun, dia tetap berharap agar peminat dapat menerima lagu Luluh kerana lagu itu merupakan satu kelainan yang dibawa olehnya.

Dalam masa yang sama, Khai juga telah merancang untuk merakamkan single duet bersama dengan idolanya, iaitu Siti Nordiana pada awal tahun hadapan.

“Namun, ia masih dalam perbincangan lagi termasuk genre lagu yang dibawakan nanti,” tambah Khai yang juga baru selesai menunaikan umrah bersama dengan ibubapanya.

Semoga dengan kejayaan ini, Khai akan terus berusaha berkarya di dalam industri hiburan. Penyanyi memang ramai, tapi tak ramai yang mempunyai bakat dan kualiti yang tinggi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori