Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

10,413 Kes Baru, 18...

Sebanyak 10,413 es baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,363,024.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Ruang Perniagaan Umpama JPO...

KUALA LUMPUR, 28 April -- Kerajaan meluluskan satu lagi ruang perniagaan mewah menjual barangan...

3 Lelaki Maut Kenderaan...

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis...

Pusat Rekreasi Air Panas...

BALING - Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di daerah ini terus menjadi...

Titah Agong Bukti Keabsahan Kerajaan PN

KUALA LUMPUR – Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pembukaan penggal ketiga Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Isnin lalu bukti keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut satu kenyataan, pimpinan parti politik PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjunjung setinggi-tinggi kasih ke atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Mei lalu.

“Titah tuanku menjadi bukti jelas keabsahan kerajaan PN yang dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Yang di-Pertuan Agong ketika bertitah telah memberikan dorongan semangat dan kekuatan kepada kerajaan PN untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Paling penting bagi kerajaan PN ialah pelaksanaan amanah bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa dipelihara,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Selain itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffry Gapari Kitingan dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Sehubungan itu, kerajaan PN akan sentiasa menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu memberikan keutamaan diberikan kepada kesejahteraan rakyat jelata.

“Kami berdoa semoga rakyat dan negara ini terus aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) tuanku,” katanya.

Kategori