Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Update Kes Tangkapan Ketua...

BERHUBUNG perkembangan siasatan kes ke atas KSU KKLW, SPRM telah merampas sejumlah dokumen...

Baihakki Kembali Sarung Jersi...

KUALA LUMPUR - Pemain pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan kembali menyarung jersi pasukan bola...

Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat...

Zizan Razak Dedah Bakal...

DI sebalik pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya, pelakon dan pelawak popular Zizan Razak...

Tipu RM27.5 Juta: ‘Datuk Seri’ Antara 6 Ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang ‘Datuk Seri’ dan tiga ‘Datuk’ antara enam ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan emas dan minyak (oil bunkering) yang mengakibatkan kerugian RM27.5 juta di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 26 Januari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata kesemua suspek berusia 42 hingga 62 tahun itu ditahan selepas polis menerima 193 laporan di seluruh negara membabitkan sindiket berkenaan sejak Oktober 2015 hingga Disember 2017.

“Suspek ditahan terdiri daripada pengarah syarikat dan penganjur skim berkenaan manakala sindiket itu menjalankan operasi mereka dengan menawarkan dua pelaburan utama iaitu jual beli jongkong emas serta minyak dengan memberi pulangan lumayan bagi tempoh sembilan bulan.

“Bagi skim pelaburan jongkong emas, pelabur dijanjikan pulangan lumayan dua peratus sebulan, manakala pelaburan minyak sebanyak 15 peratus setiap bulan, juga bagi tempoh sembilan bulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek juga mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja serta orang kenamaan bagi menambah keyakinan pelabur terhadap skim ini.


Selain itu, Amar berkata dalam serbuan yang dijalankan, pihaknya turut merampas lapan kenderaan mewah milik suspek, lapan telefon bimbit, tiga kad ATM, empat kepingan emas, tiga jam tangan berjenama, lima buku cek dan wang tunai yang bernilai RM200,000. – BERNAMA

Kategori