Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Yakin Imuniti Kelompok...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin, sasaran imuniti kelompok sebelum akhir...

Kesal Syarikat Konsesi Cuba...

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kesal bahawa syarikat...

Amber Chia Pasrah Alami...

Hati wanita mana yang tak terusik mendengar perkhabaran bayi yang dikandung mengalami komplikasi hingga...

Bezza, Model Sedan Sulung...

VIRAL di laman sosial foto-foto dan risalah model kereta terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil...

Tips Untuk Hantu Durian @ Kalau Nak Niaga Durian

TAJUK nak gempak je… korang tak baca memang rugi. Hahaha. Lama tak tulis status panjang-panjang macam ni. Bukan selalu ada masa. Sebut je durian, semua Malaysian tahu buah apa tu. Mesti ramai yang ‘kaki makan’ durian, tapi tak ramai yang tahu tips, trick dan cara untuk mengelakkan ‘terkena’ masa nak beli durian.

Saya ni, involve dengan aktiviti pen’durian’an ni tak laa lama sangat… Ada la dalam 10 tahun, sebab dulu-dulu time kecik selalu tolong abah meniaga durian since darjah 4 lagi. Minat tu dah diterapkan sejak kecik lagi dengan meniaga durian ni. Walaupun abah dulu keja gomen, bila mai musim durian ni, anak sulung laa selalu jadi mangsa… huhu.

Dalam ramai-ramai ‘kaki durian’ ni, mesti tau kenapa durian balik pulau power. Sebabnya durian balik pulau ni terletak di pulau, iklim dia lain sikit, bercampur dengan bayu laut dan darat serta kondisi tanah dia yang unik. Sebab tu buah Balik Pulau jadi kegemaran orang-orang utara especially orang Penang. Kalau orang yang tak berkira duit ringgit ni, takde hal la nak beli durian kampung ni. Itu belum lagi spesis hybrid ataupun kahwin macam Udang Bakar, Lipan Bara, Ang He, Ho Lor, 101, 24 dan macam-macam lagi sebutan chainis yang saya tak reti sebut.

Buah durian Batu Kurau tak kurang hebatnya, sekarang ni viral buah Batu Kurau tengah murah. Selonggok RM20 pulak tu. Hentikanlaa…kalau selonggok 5 biji RM20 aku pecaya. Tapi selonggok RM20 buah menimbun-nimbun. Tolong jangan percaya. Penat je datang jauh-jauh tapi harga lain. Kalau dulu buah-buah ni disupply menggunakan sukatan rangkap. Satu rangkap RM5; contoh satu rangkap ialah selonggok 4-6 bijik. Sekarang orang kampung pun dah pandai-pandai… Hahaha. Jual pakai kilo je. Tolong selidik dulu. Yang menimbun-nimbun ni peraih-peraih dah standby untuk pemborong yang datang dengan lori bertan-tan. Supplier yang top pulak kat Batu Kurau ni, pak long mie, pak ya@pak yeh (pakai kain pelikat porch bag keliling pinggang) dan ada 2-3 org lain lagi.

Buah durian ni mengalami tiga musim, permulaan, pertengahan dan penghujung. Sekarang ni buah Batu Kurau tengah mengalami buah penghujung. Mungkin bertahan dua minggu lagi dari tarikh status ini ditulis, 7/8/2016. Kalau buah permulaan, harga agak keras sikit, sebab tak banyak buah yang gugur, tapi ramai orang teringin buah durian. So harganya boleh tahan.

Bila dah pertengahan, time ni la buah jatuh harga, so boleh la korang serbu dan makan sampai panas. Tapi bila dah start buah penghujung, buah akan start mahal balik sebab dah tak banyak buah yang boleh disupply. Saya sendiri kadang tak cukup tangan nak supply buah Batu Kurau sampai Kuala Lumpur. Sebab sekarang buah penghujung, tak banyak sangat. Kalau nak saya supply 200kg ke atas pm saya.

Specialnya buah balik pulau ni, kebanyakannya buah yang berlubang, kita mesti assume dalamnya berulat dan buruk dalamnya. Sebenarnya buah balik pulau ni, kalau luar berlubang tak semestinya dalaman dia rosak. Habis kuat pun satu pangsa je yang ada ulat. Tak macam durian yg ada di tanah besar semenanjung. Kalau berlubang, kemungkinan besar dalaman dia rosak banyak. Itu semua atas pengalaman saya, sebab benda dalam ni kita tak tahu. Tak paksa korang percaya, hehe.

Tips Nak Beli Durian

Tips Untuk Hantu Durian @ Kalau Nak Niaga Durian

1. Pastikan durian tersebut tak merekah.

Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yg dah merekah ni dikhuatiri telah lama, mungkin dah sehari lebih. So dah tak fresh dah. Lagipun, gas-gas durian tu dah hilang, so bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia dah takda.

2. Jangan beli durian tangkai yang kecut.

Sebab tangkai yang kecut ni selalunya buah yang lama, mungkin 2 hari.

3. Bau dulu di Buntut durian tu.

Kalau bau sedap , lemak, elokkk… Ambik je. Kalau bau x berapa ada, try pilih yang lain dulu.

4. Goncang durian dulu sebelum beli.

Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tak ‘Mangkaq’ (keras), kita akan dengar bunyi bergoncang.

5. Suruh tokey durian tebuk dulu durian.

Ini untuk memastikan durian tu kompom masak, tak keras dan colek laa sikit rasa.. kalau saya selalu tebuk dulu kat costumer, biar diorang puas hati.

6. Pastikan duri durian tu keras.

Try rasa duri tu, tekan dengan jari. Jangan cucuk jari dah laaa… Kalau buah tu lama, duri tu akan lembut. Kalau baru lagi, keras laa.

7. Tanya dulu buah tu dari mana.

Saja je test tokey durian tu, betul ke durian tu durian setempat. Kot-kot la durian siam. Sesetengah orang tak suka durian siam. Tapi kalau test ok, sebat je la. Kalau saya, Batu Kurau dan Balik Pulau is the best.

8. Tanya tokey kalau buah tak masak boleh tukar tak?

Kalau tokey yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian tu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan. Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, last-last dapat sumpah seranah je… Belum lagi costumer datang lempar durian ‘mangkaq’ depan kedai. Haha. Saya jual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati jugak.

9. “Saya nak buah isi kuning.”

Kalau korang nak buah yang isi kuning, bagi tau je tokey tu. Kalau dia berpengalaman, senang je dia pilih. Kalau dia kata tak tau… Nasib lah. Haha. Korang suruh dia potong sikit tangkai buah tu. Ada nampak urat-urat kat tengah-tengah tangkai tu, kalau kaler kuning sikit, Insha’Allah dalam tu kuning. Kalau tak, mungkin putih.


10. Jangan takut nak ambik buah yang ada getah kat bawah buah.

Sebenarnya, tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian tu merekah je.

11. Pilih buah yang bentuk macam jantung.

Selalunya buah yang bentuk jantung ni, isi dia memang elok. Susah la nak jumpa yang problem.

12. Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul.

Selalunya jenis ni tak pernah mengecewakan.

13. Pilih buah yang bertangkai panjang.

Pilih jenis ni, selalunya buah tangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita. Huhu… (Ini serius).

14. Elakkan beli di pasar malam.

Bukan nak tutup periuk nasi peniaga pasar malam. Tapi, contohnya kita beli durian di pasar malam, tiba-tiba dapat buah tak elok, esoknya kita nak tukar. Pasar malam tak ada dah, kena tunggu minggu depan pulak. Beli la kat peniaga yang jual tetap di suatu tempat.

Tu je la yang mampu saya kongsikan. Ilmu ini untuk dikongsi, tak luak pun. Kalau korang ada ilmu lain yang nak dikongsi jangan la segan-segan. Tak ke mana pun tips ni, saya pun belajar dengan orang lama. Penjual durian pun manusia macam kita, depa ni berniaga, kalau kita terbeli buah yang tak elok, jangan marah-marah. Try settle pi tunjuk kat tokey durian. Kadang-kadang tu buah yang dia jual tu bukan buah dia, dia pun ambik kat peraih. Ikut budi bicara pembeli dan penjual. Ok jom tips lain pulak.

Jom Jual Durian!!!

Tips Untuk Hantu Durian @ Kalau Nak Niaga Durian
GAMBAR HIASAN

Sementara tinggal 2-3 minggu je lagi musim durian ni, apa kata jom jual durian. Time ni la kita nak cari duit lebih. Jangan peduli orang lain nak kata apa, bukannya diorang yang bagi duit kat kita. Rezeki Allah tu luas. Sesiapa yang berusaha pasti berjaya. Saya yang kerja kapal ni pun bila sign off mesti gian nak supply durian. Berniaga tu sunnah, banyak cara kita boleh pelbagaikan kalau nak cari duit dengan durian ni.

Contoh Kalau Nak Berniaga Durian

Try kumpul order untuk orang pejabat anda, collect order, sorang nak berapa kilo. Then kumpul, katakanlah anda berjaya kumpul dua puluh orang nak makan durian. Agak-agak dalam 100kg, then kautim la dengan saya. Insha’Allah boleh supply punya. Korang nak mark up ke apa, saya tak nak campur. Hahahaha.

Sesiapa yang rapat dengan khariah masjid korang, sembang-sembang la nak tak buat makan-makan durian kat masjid. Confirmkan nak order berapa kilo. Kawtim dengan saya; contoh nak buat kenduri kat masjid 300kg, dapat dah makan atas angin. Huhu.

Kalau nak berniaga durian tepi jalan takde hal, memang orang akan serbu. Yang penting korang minat dan serius je. Kalau tak burn je duit korang. Berniaga jenis ni korang akan jumpa macam-macam ragam manusia. Jangan risau, saya akan perturun ilmu semuanya yang saya ada. Feel free to WhatsApp me.

Sedikit Tips Nak Berniaga

Pilih tempat yang strategik dan tumpuan ramai orang. Seelok-eloknya kawasan taman atau penempatan yang padat dengan penduduk.

Kalau nak best, berniaga di pasar malam. Orang kerumun lain macam sikit. Tak menang tangan kang.

Tak banyak benda yang diperlukan kalau nak jual durian. Contohnya, meja, khemah, sarung tangan, pisau dan plastik je.

Kena ada knowledge skit pasal durian ni. Kalau costumer tanya tak la terkial-kial. Sesiapa nak try meniaga, kawtim dengan saya, nanti saya supply buah durian dan share ilmu sekali. Saya suka tengok orang muda-muda berniaga.

Meniaga ni kena jujur, kalau buah tu keras, cakap keras. Kalau buruk bagitau buruk. Kalau tak orang tak datang kat kita lagi. Nak-nak pulak sekarang ni zaman viral, mampuslah korang.

Meniaga ni start dulu biasa-biasa, jangan la start besar terus. Melainkan korang memang power basic berniaga jalanan ni.

Kalau korang ada kenderaan besar macam van ke pikap ke lori ke lagi cun…. Saya start dulu pun dengan kereta Iswara sedan full bonet dengan durian. Buat rilek je. Jangan sayang sangat kereta tu, gunakan sepenuhnya.

Tu je la yang saya Areh Mat mampu kongsikan, maafkan typo yang tak nampak tu. Ada masalah WhatsApp je saya 0149460736, saya tak sombong. Nak berniaga meh kawtim dengan saya. Musim durian tak lama lagi. Adioss. Assalam. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori