Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Ada Nama Pengundi Dipakai...

KUALA LUMPUR - Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Tanjung Piai pagi...

Wisma Putra Usaha Urus...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang berusaha menyediakan keperluan sewajarnya kepada...

Mahathir Mahu Tunjuk Siapa...

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memulangkan kembali darjah kebesaran kepada...

Peniaga Teruskan Operasi Walaupun...

PASIR MAS - Seorang peniaga gerai makan di Gual Tinggi, Rantau Panjang di...

Tip Untuk ‘Anak Bersunat’ Ini Dikongsi Lebih 4,000 Netizen

SUDAH menjadi budaya negara ini, mula sahaja musim cuti persekolahan, maka ramailah ibu bapa akan sibuk melaksanakan tuntutan syariat Islam iaitu berkhatan kepada anak lelaki.

Pada waktu inilah, kebiasaanya kanak-kanak lelaki yang disunatkan akan dilayan bak raja oleh keluarga gara-gara simpati dengan kesakitan yang dialami mereka.

Manakala, rumah pula akan ‘dihiasi’ dengan tali untuk mengantungkan kain pelikat anak yang disunatkan dengan tujuan supaya tidak terkena pada bahagian alat sulit itu.

Namun, zaman kini sudah tidak praktikal untuk melakukan amalan menggantungkan kain itu memandangkan cara pemasangannya agak leceh khususnya kepada yang tinggal di rumah batu.

Ini kerana mereka tidak mempunyai alang seperti rumah kampung.

Memahami permasalahan ibu bapa, seorang netizen bernama Nik Zulaikha tampil berkongsikan idea mudah tanpa perlu menggantungkan kain iaitu dengan cara menggunakan kotak.

Tip Untuk 'Anak Bersunat' Ini Dikongsi Lebih 4,000 Netizen

Tip Untuk 'Anak Bersunat' Ini Dikongsi Lebih 4,000 Netizen


Anda hanya perlu memotong sebahagian kotak tersebut seperti yang ditunjukkan dibawah ini;

Tip Untuk 'Anak Bersunat' Ini Dikongsi Lebih 4,000 Netizen

Mudah bukan? Tip yang dikongsi Nik Zulaikha ini turut mendapat lebih 4,000 perkongsian sejak Khamis lalu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori